SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15071
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar Empty
PostSubject: Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar   Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar Icon_minitime8/10/2011, 9:23 am

KUALA LUMPUR: Golongan guru yang meliputi kira-kira sepertiga daripada 1.2 juta penjawat awam mendapat kenaikan gaji terbesar menerusi Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012.

Guru bukan siswazah menerima kenaikan sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima kenaikan 37.7 peratus. Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada RM5,370 mengikut SBPA. Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBPA.
Perdana Menteri juga mengumumkan bantuan persekolahan one-off RM500 untuk isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 bagi menangani kos sara hidup.
Bajet 2012 juga memberi durian runtuh kepada 5.3 juta pelajar dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima yang layak mendapat bantuan RM100 untuk setiap pelajar.
Sebanyak RM530 juta diperuntukkan untuk bantuan itu yang akan dilaksanakan menerusi Bank Simpanan Nasional.

Kerajaan juga memperkenal Dana Pengkomersialan Inovasi RM500 juta untuk membolehkan institusi pengajian tinggi dan perusahaan kecil dan sederhana mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan.

Seramai 20,000 guru diploma diberi peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan yuran dibiayai Kementerian Pelajaran. Bajet berkenaan menyediakan dana RM80 juta bagi bantuan yuran pengajian itu.
Sementara itu, Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menganggap penurunan tempoh kenaikan gred guru siswazah daripada DG44 kepada DG48 daripada 20 tahun ke 16 tahun sebagai penghargaan besar kepada pendidik di seluruh negara dan tanda kerajaan mendengar rintihan rakyat.

Presidennya, Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata pengurangan tempoh itu bermakna guru siswazah yang cemerlang berpeluang untuk mencapai gred DG52 dan DG54 sebelum usia persaraan yang kini dinaikkan kepada 60 tahun.

KGMMB sangat berpuas hati dengan pengumuman dalam Bajet 2012 kerana turut membabitkan penurunan tempoh kenaikan gred mengikut time-based yang membuka peluang kenaikan gaji bagi guru yang enggan menerima kenaikan pangkat kerana sukar berpindah rumah atau komitmen lain.

Guru yang tidak dilantik sebagai pengetua atau pegawai pelajaran daerah kekal di sekolah sebagai pendidik tetapi masih menerima kenaikan gred, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15071
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar Empty
PostSubject: Re: Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar   Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar Icon_minitime8/10/2011, 9:27 am

Tahniah untuk semua guru-guru.
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 10741
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar Empty
PostSubject: Re: Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar   Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar Icon_minitime8/10/2011, 10:27 am

bsarnya gaji guru.. jeles aku. gji kmiorg yg berhempas pulas menjaga keselamatan pintu masuk negara nih naik sejeput saja..huhuhu
Back to top Go down
Sponsored content




Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar Empty
PostSubject: Re: Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar   Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar Icon_minitime

Back to top Go down
 

Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: