SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
KLCC ke Bukit Bintang caj RM300 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
KLCC ke Bukit Bintang caj RM300 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 KLCC ke Bukit Bintang caj RM300

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15045
Reputation : 31
Number of posts : 1806

KLCC ke Bukit Bintang caj RM300 Empty
PostSubject: KLCC ke Bukit Bintang caj RM300   KLCC ke Bukit Bintang caj RM300 Icon_minitime7/10/2011, 12:01 pm

KLCC ke Bukit Bintang caj RM300 Pix_gal0

PETALING JAYA: “Maafkan saya...saya tidak menggunakan meter kerana penumpang yang mahukan begitu sebab hendak sampai segera ke lokasi dituju,” helah seorang daripada enam pemandu teksi yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Bandar Sunway di sini, petang kelmarin.
Namun helahnya terbongkar selepas penumpang yang menaiki teksinya itu memperkenalkan diri sebagai pegawai SPAD yang turut terbabit dalam Ops Tegas 2 bagi mengesan pemandu teksi yang tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang sesuka hati.
Antara alasan lain yang diberikan ialah meter rosak, lokasi dituju terlalu jauh hingga pemandu tidak mendapat untung yang sepatutnya dan keadaan jalan yang sesak menyebabkan perjalanan mengambil masa lama.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad, berkata operasi selepas pihaknya menerima aduan mengenai salah laku sebahagian besar pemandu teksi yang tidak menggunakan meter.

“Melalui tindakan yang kita ambil ini, pemandu teksi yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 75, Akta Pengangkutan Awam Darat dan jika didapati bersalah boleh didenda RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Dengan hukuman yang agak berat ini kita berharap dapat mendidik pemandu teksi lain agar tidak melakukan atau mengulangi kesalahan sama selain mengharapkan penumpang yang ditipu memberikan maklumat lengkap dan segera kepada SPAD,” katanya ketika mengetuai operasi itu petang semalam.
Beliau berkata, aduan banyak diterima daripada pelancong asing yang mendakwa pemandu teksi mengenakan tambang antara RM200 hingga RM300 dalam perjalanan dari KLCC ke Bukit Bintang.

“Tindakan pemandu teksi tidak menggunakan meter serta menetapkan tambang sesuka hati boleh menjejaskan imej industri pelancongan negara kita,” katanya.

Che Hasni berkata, selain kesalahan tidak menggunakan meter, ada juga pemandu teksi yang dikesan cuba menguasai hentian teksi awam tertentu dengan menghalau pemandu teksi lain serta memeras ugut pemandu yang ingin berhenti di hentian berkenaan.


sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KLCCkeBukitBintangcajRM300/Article
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 10715
Reputation : 19
Number of posts : 1183

KLCC ke Bukit Bintang caj RM300 Empty
PostSubject: Re: KLCC ke Bukit Bintang caj RM300   KLCC ke Bukit Bintang caj RM300 Icon_minitime7/10/2011, 12:15 pm

melampau betul tu kalu dri KLCC ke bukit bintang RM300.. cekik dan hisap darah dh ni. aku tengok pmandu teksi d smnjung kalu dia tau kita bukan dri smnjung especially dari sbah/sarawak mmg berpotensi besar utk kena tipu,sbb dia org fkir kita x tau rate yg sbnarnya.. slalu aku tengok meter tu berfungsi, tapi nnti kita byar bukan ikut jumlah meter tu. kalu tanya kenapa x ikut meter, diaorg akan ckp meter rosak/jem. kalu org x prasan, masa kita masuk teksi tu kdang2 diaorg x reset meter pegi ZELO (0.00)..
Back to top Go down
mad
MODERATOR
mad

Male
Countries/State : Sabah
Age : 46
location : Sandakan,Tawau
Tag ID: : SFC 02182
Points : 12789
Reputation : 10
Number of posts : 2088

KLCC ke Bukit Bintang caj RM300 Empty
PostSubject: Re: KLCC ke Bukit Bintang caj RM300   KLCC ke Bukit Bintang caj RM300 Icon_minitime12/10/2011, 8:06 pm

sblum naik bgtau dlu kat pmandu brp tmbng dri A ke B brp....hehe
Back to top Go down
Sponsored content




KLCC ke Bukit Bintang caj RM300 Empty
PostSubject: Re: KLCC ke Bukit Bintang caj RM300   KLCC ke Bukit Bintang caj RM300 Icon_minitime

Back to top Go down
 

KLCC ke Bukit Bintang caj RM300

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: