SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
    Drebar teksi jadi mumia Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
    Drebar teksi jadi mumia Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

  Drebar teksi jadi mumia

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15067
Reputation : 31
Number of posts : 1806

    Drebar teksi jadi mumia Empty
PostSubject: Drebar teksi jadi mumia       Drebar teksi jadi mumia Icon_minitime20/10/2011, 12:07 am

    Drebar teksi jadi mumia Pix_middle

MAYAT Billis yang sudah diawet menjadi mumia.


LONDON: Seorang memerintah kerajaan yang besar dari istananya di tebing Sungai Nil. Manakala, seorang lagi menguasai jalan raya sebagai pemandu teksi di Torquay.

Walaupun kehidupan dua individu berkenaan berbeza dan dipisahkan oleh jarak ribuan tahun, namun Raja Tutankhamun dan Alan Billis mempunyai persamaan dalam satu perkara utama.

Billis yang sudah meninggal dunia adalah lelaki pertama yang diawet menjadi mumia mengikut cara penduduk Mesir kira-kira 3,000 tahun lalu.

Menggunakan teknik yang mengawet mayat Tutankhamun selepas kematiannya pada 1323 SM, saintis mengawet lelaki berusia 61 tahun terbabit ekoran kematiannya akibat kanser paru-paru.

Billis yang gemar menonton dokumentari bersetuju supaya tubuhnya diawet selepas menyaksikan iklan syarikat televisyen yang berhasrat merakam proses pengawetan itu. Isterinya, Janet, 68, memberitahu suaminya berkata: “Saya baru menghubungi seseorang mengenai proses pengawetan mayat. “Saya terkejut kerana ia sesuatu yang dijangka akan dilakukan oleh Billis,” katanya.

Bagaimanapun, Janet dan tiga anak mereka merestui keputusan Billis dan hasilnya: - Proses Mumia Alan: Rahsia Terakhir Mesir - dijangka ditayangkan pada Saluran 4, Isnin ini. Billis yang digelar Tutankhamun Torquay menjelaskan keputusan luar biasanya itu dalam dokumentari berkenaan sambil berkata: “Manusia menyerahkan tubuh mereka kepada sains sejak bertahun-tahun lamanya dan jika mereka tidak menawarkan diri untuk kajian tiada penemuan dapat diperoleh,” katanya.

Sejak beberapa bulan ekoran kematiannya Januari lalu, organ dalaman Billis diambil dan disimpan di dalam balang kecuali otak dan jantungnya. Kulitnya dilumur dengan campuran minyak serta resin dan dimandikan dengan natron, sejenis garam ditemui di dasar sungai kering di Mesir.

Selepas sebulan berada dalam tangki kaca di Pusat Perubatan di Sheffield yang menempatkan rumah mayat di bandar raya itu, mayatnya dikeluarkan, diletakkan di kamar kering serta dibalut dengan kain.

Dr Stephen Buckley dari Universiti York yang membantu melakukan penyelidikan mengenai teknik pengawetan mumia sebelum program itu berkata, mayat Billis kini dapat bertahan hingga beberapa milenium lagi.


sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Dr...imumia/Article
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Drebar teksi jadi mumia

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: