SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ekoran kecaman, AS tangguh akta cegah cetak rompak Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ekoran kecaman, AS tangguh akta cegah cetak rompak Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Ekoran kecaman, AS tangguh akta cegah cetak rompak

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15051
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Ekoran kecaman, AS tangguh akta cegah cetak rompak Empty
PostSubject: Ekoran kecaman, AS tangguh akta cegah cetak rompak   Ekoran kecaman, AS tangguh akta cegah cetak rompak Icon_minitime21/1/2012, 4:26 pm

WASHINGTON - Kongres Amerika Syarikat (AS) menangguhkan inisiatif menggubal undang-undang anticetak rompak atas talian semalam - satu perkembangan mengejutkan yang dilihat kemenangan kepada syarikat-syarikat Internet, yang mengadakan protes bagi menghalang usaha itu.

Pemimpin Demokrat di Dewan Senat, Harry Reid berkata, beliau akan menangguhkan pengundian kritikal yang dijadualkan pada 24 Januari ini ekoran "perkembangan-perkembangan terbaru."

Dipetik laporan Reuters dan msnbc, Pengerusi Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan, Lamar Smith pula berkata, panelnya akan menangguhkan tindakan yang sama sehingga adanya persetujuan menyeluruh berkenaan isu itu.

"Saya ada dengar daripada pengkritik-pengkritik dan saya dengan serius mengambil kira kebimbangan mereka mengenai perundangan yang disyorkan untuk menangani masalah cetak rompak atas talian.

"Sangat jelas bahawa kita perlu melihat semula pendekatan menangani masalah pencuri mencuri dan menjual penemuan-penemuan dan produk rakyat Amerika," kata pemimpin parti Republikan itu dalam satu kenyataan.

Laporan BBC pula menyebut keputusan itu menyusuli tindakan Wikipedia dan ribuan laman web lain 'menutup' kemudahan masing-masing selama 24 jam awal minggu ini.

"Ekoran perkembangan-perkembangan baru ini, saya memutuskan untuk menangguhkan pengundian hari Selasa ini ke atas Akta Melindungi IP (Pipa)," kata Reid dipetik BBC.

Rang undang-undang itu yang dikenali sebagai Pipa di Senat dan Akta Henti Cetak Rompak Atas Talian (Sopa) di Dewan Perwakilan, bertujuan mengawal akses ke atas laman-laman web di luar negara yang menyalurkan kandungan dicetak rompak dan produk-produk tiruan, antara filem dan muzik.

Undang-undang itu menjadi keutamaan bagi syarikat-syarikat hiburan, penerbit, syarikat farmasi dan kumpulan industri lain, yang mendakwa mengalami kerugian berbilion dolar setiap tahun.

Bagaimanapun syarikat-syarikat teknologi bimbang undang-undang itu akan menafikan kebebasan Internet, sukar untuk menguatkuasakan dan boleh menggalakkan kes-kes saman.

Sentimen publik ke atas rang undang-undang itu berubah sejak minggu lalu selepas pihak berkepentingan dalam industri Internet meningkatkan tindakan melobi mereka.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/ekoran-kecaman-as-tangguh-akta-cegah-cetak-rompak-1.19398
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Ekoran kecaman, AS tangguh akta cegah cetak rompak

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: