SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Padah parkir bahu jalan, bas dibaling pemadam api Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Padah parkir bahu jalan, bas dibaling pemadam api Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Padah parkir bahu jalan, bas dibaling pemadam api

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15073
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Padah parkir bahu jalan, bas dibaling pemadam api Empty
PostSubject: Padah parkir bahu jalan, bas dibaling pemadam api   Padah parkir bahu jalan, bas dibaling pemadam api Icon_minitime10/2/2012, 11:13 pm

Padah parkir bahu jalan, bas dibaling pemadam api Image

BUKIT TINGGI - Tindakan pemandu bas meletak kenderaan dalam tempoh yang lama di bahu jalan di sekitar kawasan Bukit Tinggi mengundang kemarahan pengguna dan penduduk berikutan banyak insiden tidak diingini berlaku termasuk kemalangan.

Antara lokasi utama yang dijadikan sasaran pemandu dan pemilik bas adalah di sekitar Taman Chi Liung, Bandar Bukit Tinggi dan Jalan Batu Unjur.

Tinjauan Sinar Harian di salah satu lokasi di Jalan Batu Nilam 1 berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK) (C) Hin Hua mendapati, lebih lima bas kilang diparkir di kawasan itu terutamanya pada waktu tengah hari dan malam.

Berdasarkan maklumat awam, kebanyakan pemandu bas tinggal di kawasan flat berhampiran menyebabkan mereka mengambil tindakan meletak kenderaan di situ sebaik selesai menghantar dan me*ngam*bil pekerja kilang di sekitar daerah ini dan Shah Alam.

Pada peringkat awal, penduduk menganggap tindakan itu satu kebiasaan, namun lama-kelamaan ia menimbulkan kemarahan apabila sering berlaku kesesakan terutamanya pada waktu puncak.

Kewujudan deretan bas itu menyebabkan laluan yang digunakan dua kenderaan pada satu masa kini hanya boleh digunakan sebuah kenderaan sahaja.

Dalam kejadian terbaru, minggu lalu, sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang cuba mengelak sebuah kenderaan lain di lorong kanan melanggar salah sebuah belakang bas kilang menyebabkan kereta itu remuk teruk di bahagian hadapan.

Meskipun keadaan kereta rosak teruk, pemandu dilaporkan selamat tanpa mengalami kecederaan serius.

Orang awam yang naik berang dengan insiden itu bertindak membaling gas pemadam api dan merosakkan cermin bas berkenaan kerana tidak tahan lagi melihat kenderaan berat diletakkan di kawasan itu.

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Zon N46 (A) kawasan Bukit Tinggi, Yew Boon Lai ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menerima banyak aduan mengenai tindakan pemandu dan pemilik bas meletakkan kenderaan di beberapa lokasi di bandar ini.

“Saya sudah membawa aduan sama kepada MPK dan sudah banyak tindakan diambil antaranya mengenakan denda dan kompaun kepada pemilik bas.

“Saya dimaklumkan sudah lebih 100 kompaun dikeluarkan, namun mereka masih berkeras dan berdegil meletak kenderaan di kawasan sama,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sudah beberapa kali pihaknya membawa perkara itu kepada pengetahuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi tindakan lanjut, tetapi sehingga kini tiada maklum balas diberikan.

“Saya mewakili orang awam meminta SPAD melihat kesan tindakan pemilik bas meletak kenderaan yang membahayakan nyawa orang ramai.

“Tindakan tegas perlu dibuat sama ada dengan menggantung lesen atau menarik balik permit kenderaan itu, ini mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada pemilik kenderaan lain,” katanya.

Boon Lai berkata, MPK kini dalam perbincangan untuk mengambil tindakan mengunci tayar bas mengi*kut Pindaan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bagaimanapun katanya, ia masih dalam proses perbincangan dan sekiranya diluluskan akan dilaksanakan di seluruh kawasan di bawah pentadbiran MPK.

“Saya harap melalui langkah ini ia mampu memberi kesedaran kepada pemandu dan pemilik kenderaan supaya tidak sekali-kali meletakkan kenderaan di merata-rata kawasan terutamanya di bahu jalan.

“Jika tiada parkir sekalipun, carilah cara lain yang selamat agar ia tidak membahayakan keselamatan orang awam,” katanya.


SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/padah-parkir-bahu-jalan-bas-dibaling-pemadam-api-1.22866
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
keba
ELITE
ELITE
keba

Male
Countries/State : Kelantan
Age : 34
location : Kemaman - Kota Bharu
Website : contact 01119778382
Tag ID: : SFC08063
Points : 14927
Reputation : 69
Number of posts : 3981

Padah parkir bahu jalan, bas dibaling pemadam api Empty
PostSubject: Re: Padah parkir bahu jalan, bas dibaling pemadam api   Padah parkir bahu jalan, bas dibaling pemadam api Icon_minitime11/2/2012, 9:31 pm

tu diaaa baq ang..kuajaq noo parking rata2 tongue
Back to top Go down
 

Padah parkir bahu jalan, bas dibaling pemadam api

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: