SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 lelaki tercedera akibat mangkuk tandas meletup Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 lelaki tercedera akibat mangkuk tandas meletup Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

  lelaki tercedera akibat mangkuk tandas meletup

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15037
Reputation : 31
Number of posts : 1806

 lelaki tercedera akibat mangkuk tandas meletup Empty
PostSubject: lelaki tercedera akibat mangkuk tandas meletup    lelaki tercedera akibat mangkuk tandas meletup Icon_minitime28/3/2012, 9:34 pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang sedang menggunakan tandas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai di sini hari ini cedera di bahagian belakang badan apabila mangkuk tandas yang sedang digunakan berkecai akibat satu letupan.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata dalam kejadian pada pukul 1.15 petang itu mangsa Muhd Sakereen Basri, 22, yang cedera terkena serpihan mangkuk tandas itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

"Mangsa cedera pada bahagian belakang badan dan peha akibat terkena serpihan, dan bahan letupan yang digunakan disyaki mercun...siasatan awal mendapati tiada lagi bahan letupan lain yang digunakan," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini sama ada wujud unsur sabotaj atau kecuaian dan kes disiasat mengikut Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Azhar Ghazali ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya bekerjasama dengan polis yang menyiasat kejadian itu dan kejadian itu sama sekali tidak menjejaskan operasi LRT di stesen berkenaan.

"Saya harap orang ramai tidak perlu bimbang dengan perkara ini. Keadaan adalah selamat dan kita beroperasi seperti biasa," katanya. - Bernama



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/seorang-lelaki-cedera-terkena-serpihan-mangkuk-tandas-akibat-letupan-1.35797
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

lelaki tercedera akibat mangkuk tandas meletup

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: