SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
ABN tawar 100 saluran TV lebih murah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
ABN tawar 100 saluran TV lebih murah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 ABN tawar 100 saluran TV lebih murah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15029
Reputation : 31
Number of posts : 1806

ABN tawar 100 saluran TV lebih murah Empty
PostSubject: ABN tawar 100 saluran TV lebih murah   ABN tawar 100 saluran TV lebih murah Icon_minitime28/4/2012, 8:12 pm

ABN tawar 100 saluran TV lebih murah Pix_gal0

Khidmat televisyen kabel digital berbayar dilancar Jun, sasar tarik 1.2 juta pelanggan tahun depan

ASIAN Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABN), bakal menyertai pasaran televisyen berbayar tempatan dengan menawarkan perkhidmatan televisyen kabelnya pada harga mampu milik menerusi pengenalan pakej asas yang ditawarkan sehingga 30 peratus lebih murah berbanding stesen televisyen berbayar sedia ada.
Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Sreedhar Subramaniam, perkhidmatan televisyen kabel digital ABN itu yang akan dilancarkan Jun ini, bakal menawarkan 100 saluran pilihan, dengan memperkenalkan sekurang-kurangnya 50 saluran dalam pakej asas ABN.
Beliau berkata, dalam fasa pertama pelancarannya, perkhidmatan itu akan ditawarkan di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang sebelum ia diperluaskan ke seluruh negara menjelang pertengahan tahun depan.

Katanya, sistem televisyen kabel ABN berkeupayaan menyalurkan lebih 1,000 saluran merangkumi kandungan pendidikan, maklumat serta hiburan interaktif berkualiti tinggi tanpa sebarang gangguan perkhidmatan.

“Pakej langganan ABN akan diperkenalkan Jun ini secara berperingkat, dan kami menyasarkan menarik 1.2 juta pelanggan menjelang pertengahan tahun depan.

“Dalam fasa pertama, kami menyasarkan menyediakan perkhidmatan kepada sekurang-kurangnya 25 peratus kediaman atau kira-kira 300,000 kediaman pada harga langganan yang sangat berpatutan,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Naib Presiden Kanan Pemasarannya, Michael Chan.
Sreedhar menjelaskan, pihaknya masih belum boleh mengumumkan pakej yang akan ditawarkan kepada pelanggan, kerana syarikat itu masih dalam peringkat akhir memuktamadkan perbincangan dengan beberapa penyedia kandungan.

Selain harga pakej yang sangat rendah, katanya syarikat itu juga akan menawarkan lebih banyak saluran berbeza daripada yang ditawarkan stesen televisyen berbayar lain sebagai strateginya meraih penguasaan pasaran televisyen berbayar tempatan.

Sreedhar berkata, ABN akan melabur kira-kira RM2 bilion dalam tempoh 10 tahun termasuk bagi pembangunan rangkaian kabel, infrastruktur, kos operasi serta kandungan program televisyen kabel itu bagi mengukuhkan jenamanya.

Katanya, semua data ABN akan disalurkan menerusi kabel gentian optik milik pengendali rangkaian kabel gentian optik utama tempatan termasuk Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Fibrecomm Network (M) Sdn Bhd.

Mengenai pelan pengembangan syarikat, beliau berkata, ABN juga akan memperluaskan perkhidmatannya meliputi penyediaan perkhidmatan internet dan suara yang akan diperkenalkan selepas beberapa bulan perkhidmatan televisyen dilancarkan.

Sebelum ini dilaporkan ABN melantik Fibrecomm sebagai penyedia perkhidmatan rangkaian utamanya yang pertama bagi menyambungkan kabel optik serat muktamad ke kediaman di negara ini.

Berdasarkan perjanjian itu, Fibrecomm akan menyediakan ABN dengan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi dan Kemudahan Lokasi Bersama bagi menempatkan peralatan rangkaian ABN.

Perkongsian itu akan mempercepatkan pelancaran televisyen, jalur lebar berkelajuan tinggi, suara dan perkhidmatan multimedia lain ABN kepada pelanggannya tanpa sebarang gangguan, dengan menggunakan rangkaian utama sedia ada Fibrecomm yang menggunakan kapasiti kelajuan jalur lebar tinggi.



sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ABNtawar100saluranTVlebihmurah/Article/index_html
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 10699
Reputation : 19
Number of posts : 1183

ABN tawar 100 saluran TV lebih murah Empty
PostSubject: Re: ABN tawar 100 saluran TV lebih murah   ABN tawar 100 saluran TV lebih murah Icon_minitime28/4/2012, 9:58 pm

Pasti aku akan tukar dgn ABN ni nnti. ABN pkai kabel bermakna tiada gangguan siaran walau ribut petir, cuma risau tv malatop saja haha. Astro mahal sangat. Mutu perkhidmatan x elok sangat pn masi mau caj mahal. baru hujan nk turun (belum hujan lagi) dh "unavailable". Ingat subscribe astro beyond ada bagus lagi. Cuma tambah 7channel HD, mmg terang la jelas la smpai jerawat nk melatop artis pon nmpak hehe. tapi cerita yg sama ja tiap hari especially chnnl muve, sekali dh tengok xkn nk tengok lagi.. last2, tengok TV3 jugak.. (komplen rupanya aku..hehe)
Back to top Go down
 

ABN tawar 100 saluran TV lebih murah

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: