SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15025
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar Empty
PostSubject: Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar   Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar Icon_minitime28/5/2012, 10:35 pm

Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar Image


Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar Image

KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai
lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

"Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.



sumber:http://cerita2pelik.blogspot.com/2012/05/misteri-lembaga-wanita-dalam-kereta.html
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
madee
MODERATOR
madee

Male
Countries/State : Indonesia
Age : 44
location : KB - Labuan - Tenom
Tag ID: : sFc 04528
Points : 19945
Reputation : 26
Number of posts : 8968

Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar Empty
PostSubject: Re: Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar   Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar Icon_minitime29/5/2012, 9:11 am

bikin takut jga klau kena...hehee hihi
Back to top Go down
omar
SENIOR
SENIOR
omar

Male
Countries/State : Selangor
Age : 34
location : SELANGOR
Tag ID: : sfc 13010
Points : 11136
Reputation : 1
Number of posts : 860

Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar Empty
PostSubject: Re: Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar   Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar Icon_minitime28/6/2012, 11:31 pm

kseian kan...
Back to top Go down
Sponsored content




Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar Empty
PostSubject: Re: Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar   Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar Icon_minitime

Back to top Go down
 

Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: ALAM MISTIK :: Photo-
Jump to: