SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

  Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15067
Reputation : 31
Number of posts : 1806

 Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa Empty
PostSubject: Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa    Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa Icon_minitime17/5/2012, 10:08 pm

 Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa Image

MARAN - “Pak cik nampak ramai orang kampung suluh mencari dan memanggil nama pak cik tapi apabila pak cik menyahut, mereka tidak dengar.”

Demikian kata seorang warga emas berusia 82 tahun yang hilang dalam tempoh 48 jam selepas keluar memukat (menjair) ikan sendirian di sebatang anak sungai dalam kawasan ladang kelapa sawit berdekatan Kampung Orang Asli Batu 55, di sini.

Mangsa, Abdul Rahman Dauhat yang menetap di Kampung Kuala Sentul berkata, sepanjang tempoh kehilangannya, dia dijaga dengan baik oleh tujuh lelaki berbadan sasa dan ditemani seekor harimau di kawasan ladang berkenaan.

Menurutnya, dia tidak berasa mengantuk atau letih cuma dahaga, namun lelaki terbabit memberinya minum air sungai berkenaan.

“Saya minta seorang anak perempuan menghantar saya ke anak sungai ini ketika dia hendak keluar menoreh getah.

“Sudah banyak kali saya menjair ikan di anak sungai ini, cuma pada hari kejadian (kelmarin), saya ke lokasi lain tetapi masih di sungai sama,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebaik siap memasang jaring, tiba-tiba sekumpulan ikan meluru masuk ke dalam perangkapnya dan tidak sangka, dia mendapat lebih empat kilogram ikan termasuk jenis sebarau.

“Selesai mengutip ikan, saya naik ke tebing dan ketika itu, kaki saya rasa berat, sakit dan menggigil sehingga menyebabkan saya rebah kerana tidak dapat menahan kesakitan,” katanya.

Datuk kepada 35 cucu itu berkata, dia kemudian dibantu tujuh lelaki berkenaan yang didakwanya manusia biasa tetapi tidak dapat dilihat orang lain.

Katanya, seorang daripada mereka mendukungnya ke sebuah bukit dan diletakkan di pangkal sebatang pokok kelapa sawit.

“Saya masih sedar dan sedikit pun tidak rasa takut, malah pada waktu malam, tiada seekor nyamuk di kawasan ini.

“Saya nampak orang kampung membawa lampu suluh untuk mencari saya, tetapi selepas tiga kali menyahut, lelaki yang menjaga saya melarang daripada terus berbuat demikian,” katanya.

Abdul Rahman yang pernah berkahwin sebanyak lapan kali berkata, dia tidak tidur sepanjang tempoh dua hari dua malam tersebut sebelum ditemui seorang pekerja ladang kira-kira jam 8.30 pagi, semalam.

Anaknya, Siti Khadijah, 24, berkata, penduduk kampung memulakan operasi mencari apabila ayahnya tiada di sungai berkenaan ketika dia datang menjemputnya pada jam 4 dan 6 petang.

Menurutnya, ini adalah kali pertama ayahnya hilang walaupun sudah biasa keluar menjair ikan di sungai berdekatan.

Sementara itu, ketua operasi mencari dan menyelamat, Asisten Superintendan Sulaiman Hamid berkata, tiga pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Maran menyertai operasi selama dua hari itu dengan bantuan unit pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta penduduk kampung.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan lemah akibat keletihan oleh seorang pekerja ladang kira-kira 10 kilometer dari tempat mangsa dipercayai hilang.

“Polis menolak sebarang unsur jenayah kerana mangsa dipercayai sesat,” katanya.

SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/misteri-ghaib-48-jam-dakwa-dijaga-tujuh-lelaki-sasa-1.48612
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 10737
Reputation : 19
Number of posts : 1183

 Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa Empty
PostSubject: Re: Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa    Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa Icon_minitime19/5/2012, 4:33 pm

Pnah juga terjadi kt bapa ku sndri, 2hri 2mlm hilang. Siap PDRM & bomba cari. Moto dia ada, p org x da, masa tu dia kja jaga kt tapak pembinaan d kaki bukit.. bila jumpa dia dlm keletihan. Tanya pegi mana dia ckp ada org tua bawak dia pegi istana mewah serba putih, perkakasan istana emas. Pegi sekejap saja (tapi d dunia nyata 2hari 2mlm suda), dibagi mkn lagi dia bilang..
Back to top Go down
r3dskai
MODERATOR
r3dskai

Male
Countries/State : Sabah
Age : 31
location : kk
Points : 13030
Reputation : 15
Number of posts : 1836

 Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa Empty
PostSubject: Re: Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa    Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa Icon_minitime20/5/2012, 7:39 pm

mcm2 la yg terjadi psl hilang terjumpa makhluk ghaib ni kn..mmg percaya jg ada macam tu..tp klo hilang mau 1 hari d 1borneo psl ssh mo cri jln keluar pun nda mustahil jg tu..hehe
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16600
Reputation : 75
Number of posts : 5575

 Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa Empty
PostSubject: Re: Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa    Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa Icon_minitime21/5/2012, 9:16 am

mmg perkara ghaib mmg ada cuma pernah rasa atau tdk saja...
Back to top Go down
finalazy84
MODERATOR
finalazy84

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Keningau - KK
Tag ID: : SFC 04901
Points : 15032
Reputation : 41
Number of posts : 3863

 Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa Empty
PostSubject: Re: Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa    Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa Icon_minitime21/5/2012, 9:24 am

r3dskai: hilang 1 hari d 1B sesat cari jln pegi parking lot...haha
Back to top Go down
https://www.facebook.com/alfian.karim
Sponsored content




 Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa Empty
PostSubject: Re: Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa    Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa Icon_minitime

Back to top Go down
 

Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: ALAM MISTIK :: Artikel Mistik-
Jump to: