SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Anggota polis tiru aksi hero filem 'Die Hard' Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Anggota polis tiru aksi hero filem 'Die Hard' Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

  Anggota polis tiru aksi hero filem 'Die Hard'

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15039
Reputation : 31
Number of posts : 1806

 Anggota polis tiru aksi hero filem 'Die Hard' Empty
PostSubject: Anggota polis tiru aksi hero filem 'Die Hard'    Anggota polis tiru aksi hero filem 'Die Hard' Icon_minitime6/9/2012, 10:35 pm

 Anggota polis tiru aksi hero filem 'Die Hard' Du_05.1

HUN-CHEOL kemudian berpaut pada cermin kereta itu.

bosan, Korea Selatan - Seorang anggota polis trafik di sini digelar sebagai John McClane Korea Selatan selepas dia meniru aksi hero filem Die Hard itu ketika menangkap seorang penjenayah, menurut media semalam.

Saluran berita Amerika Syarikat, CNN melaporkan Kim Hyun-cheol, 33, disanjung sebagai wira kerana keberaniannya berpaut pada cermin hadapan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang suspek selama 25 minit bagi menghalang lelaki berkenaan daripada melepaskan diri.

Hyun-cheol memperoleh ramai peminat di negara asalnya selepas klip video aksi lagak ngeri itu tersebar.

Menurut akhbar tempatan, Joongang Daily, Hyun-cheol pada mulanya meminta suspek berhenti selepas melihatnya membuat pusingan U secara haram di pusat bandar di sini.

Bagaimanapun semasa dia menulis saman untuk kesalahan tersebut, lelaki berkenaan yang dikenali dengan nama keluarganya, Jeong mula memecut kenderaannya.

Selama 25 minit kemudian, suspek itu memecut keretanya dengan anggota polis berkenaan berpaut pada cermin kenderaan itu.

"Dia (suspek) seperti takutkan sesuatu. Dia cuma membuka sedikit tingkap keretanya," kata Hyun-cheol menurut akhbar Joongang Daily.

Akhirnya, lelaki itu terpaksa menghentikan keretanya kerana kesesakan lalu lintas.

Dia kemudian ditangkap semasa cuba melarikan diri.

"Saya nekad berpaut kereta itu kerana saya mengesyaki dia seorang penjenayah," jelas Hyun-cheol.

"Saya ingat saya akan mati. Saya tetap berpaut kerana saya benar-benar mahu menangkap lelaki ini," ujarnya.

Jeong kemudian didapati dikehendaki polis kerana beberapa kes jenayah berkaitan dadah.

Menurut Hyun-cheol, dia mengalami luka kecil di dada dan kakinya dan memerlukan masa tiga minggu untuk sembuh sepenuhnya.

CNN melaporkan Hyun-cheol telah dinaikkan pangkat selepas kejadian itu.

Imej itu dirakamkan pada 26 Ogos lalu. - Agensi


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Anggota polis tiru aksi hero filem 'Die Hard'

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: