SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 500 ahli Nube bantah tiada ruang solat kondusif Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 500 ahli Nube bantah tiada ruang solat kondusif Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

  500 ahli Nube bantah tiada ruang solat kondusif

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15037
Reputation : 31
Number of posts : 1806

 500 ahli Nube bantah tiada ruang solat kondusif Empty
PostSubject: 500 ahli Nube bantah tiada ruang solat kondusif    500 ahli Nube bantah tiada ruang solat kondusif Icon_minitime24/11/2012, 7:42 pm

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) kesal dengan sikap diskriminasi yang ditunjukkan pengurusan Alliance Bank Berhad apabila tidak menyediakan ruang solat yang kondusif bagi 100 pekerjanya beragama Islam.

Setiausaha Agung Nube, J Solomon mendakwa tindakan mereka jelas tidak menghormati hak pekerja Islam memandangkan pihak syarikat turut tidak menyediakan ruang solat di premis mereka.

"Kami terpaksa bersolat di bawah tangga, dalam stor atau bilik server komputer," katanya yang ditemui Sinar Harian Online di pekarangan Alliance Bank Berhad, lewat petang tadi.

Jelasnya, pihak bank masih berdiam diri dan enggan memenuhi tuntutan pekerja Islam untuk menyediakan ruang solat yang bersesuaian meskipun aduan telah dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Abdul Halim Mansor menyifatkan tindakan Alliance Bank cuba menindas pekerja bukan sahaja dinafikan mengerjakan kewajipan sebagai seorang Islam malah kebajikan pekerja turut terancam.

Ini kerana katanya, penjawatan kakitangan bergred perkeranian telah diubah kepada jawatan eksekutif, namun tugas kerani masih dilakukan sehingga sekarang.

"Kami khuatir jika mereka ini dipindahkan ke tempat lain atau kehilangan pekerjaaan susulan sesetengah yang berjawatan kerani tugasnya telah diambil alih oleh eksekutif.

"Tidak dinafikan pihak bank ada menawarkan sedikit kenaikan gaji antara lima hingga 10 peratus, namun ia tidak menjamin daripada mereka diserapkan sebagai pekerja kontrak," tegasnya.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengadu hal ini kepada pengurusan bank di Singapura dan mendesak supaya mengkaji semula tindakan mereka yang menindas dan menghina pekerja beragama Islam di Malaysia.

Seramai 500 ahli Nube berkumpul menyatakan bantahan terhadap dasar diskriminasi bank milik Singapura itu.

Mereka berkumpul sejak jam 5 petang lagi dan berakhir sejam kemudian.

Sambil memegang sepanduk yang tertera "CEO Singapura Hina Rakyat Malaysia" dan "Bank Rampas Hak Kami", mereka turut bersorak sepanjang sejam lebih menerusi piket aman itu.

Mereka terdiri daripada ahli Nube dari beberapa bank tempatan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasion...dusif-1.106524
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

500 ahli Nube bantah tiada ruang solat kondusif

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: