SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tawaran kerja ditarik saat akhir: Remaja tuntut hak Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tawaran kerja ditarik saat akhir: Remaja tuntut hak Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Tawaran kerja ditarik saat akhir: Remaja tuntut hak

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15067
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Tawaran kerja ditarik saat akhir: Remaja tuntut hak Empty
PostSubject: Tawaran kerja ditarik saat akhir: Remaja tuntut hak   Tawaran kerja ditarik saat akhir: Remaja tuntut hak Icon_minitime5/12/2012, 6:16 pm

Tawaran kerja ditarik saat akhir: Remaja tuntut hak Image

BAGAN SERAI - Seorang remaja tidak menyangka kegembiraan mendapat tawaran pekerjaan sebagai polis bantuan berakhir dengan kekecewaan apabila diarahkan pulang sewaktu melapor diri di sebuah kem latihan di utara tanah air.

Mohd Amirul Izwan Mat Radi, 21, berkata, dia memohon jawatan polis bantuan di sebuah syarikat pengurusan lapangan terbang sejak tahun lalu, seterusnya terpilih mengikuti ujian saringan fizikal serta temu duga yang diadakan pegawai syarikat itu pada bulan April lalu.

Menurutnya, dalam temu duga dan ujian saringan fizikal serta kesihatan yang dijalankan, dia melepasi kesemua ujian termasuk ujian penglihatan mata.

“Akhir Oktober lalu, saya menerima surat tawaran bekerja dan terpilih mengikuti kursus sebagai pelatih polis bantuan di syarikat berkenaan selama tujuh minggu.

“Syarikat meminta saya melaporkan diri bersama 500 pelatih lain pada 10 November lalu. Bagaimanapun, setibanya di sana, saya dimaklumkan tawaran kerja dengan syarikat itu ditarik balik disebabkan laporan perubatan menyatakan saya rabun jauh,” katanya sewaktu ditemui media, di sini, semalam.

Mohd Amirul Izwan berkata, lebih mengejutkan, pegawai terlibat turut merampas surat tawaran kerja dan laporan perubatan tanpa sebarang penjelasan selain memintanya meninggalkan kem itu segera.

Menurutnya, tindakan pegawai itu atas alasan rabun jauh tidak masuk akal kerana dia melepasi kesemua ujian saringan fizikal dan kesihatan yang ditetapkan syarikat berkenaan pada April lalu.

Susulan kejadian itu, Mohd Amirul Izwan enggan keluar dari rumahnya di Taiping, akibat terlalu kecewa selain menyifatkan tindakan syarikat itu tidak mengikut prosedur yang betul.

“Sekiranya penglihatan saya bermasalah, bagaimana saya boleh melepasi ujian saringan? Saya terkilan pihak syarikat bertindak menyingkirkan saya walaupun sudah mengemukakan surat tawaran kerja,” katanya.

Sementara itu, ayah mangsa, Mat Radi Hamid, 47, menuntut pihak syarikat bertanggungjawab di atas tekanan dialami anaknya susulan tawaran kerja ditarik balik tanpa mengikut prosedur betul dan bersedia mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat itu.

Beliau juga menuntut syarikat berkenaan membayar ganti rugi kerugian dialaminya setelah terpaksa membelanjakan hampir RM1,000 membeli barangan keperluan kursus sebagaimana diarahkan dalam surat tawaran.

“Demi menghantar anak mengikuti kursus, saya terpaksa meminjam wang adik sebanyak RM2,000 membeli barangan keperluan selain membiayai kos perjalanan kami sekeluarga ke utara tanah air.

“Saya kesal perkara ini berlaku ke atas anak saya dan kami bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Taiping untuk menuntut keadilan,” katanya.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/tawaran-kerja-ditarik-saat-akhir-remaja-tuntut-hak-1.109976
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Tawaran kerja ditarik saat akhir: Remaja tuntut hak

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: