SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kira-kira 1,000 pekerja bank berpiket depan Menara CIMB Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kira-kira 1,000 pekerja bank berpiket depan Menara CIMB Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kira-kira 1,000 pekerja bank berpiket depan Menara CIMB

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15071
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Kira-kira 1,000 pekerja bank berpiket depan Menara CIMB Empty
PostSubject: Kira-kira 1,000 pekerja bank berpiket depan Menara CIMB   Kira-kira 1,000 pekerja bank berpiket depan Menara CIMB Icon_minitime15/12/2012, 10:51 pm

KUALA LUMPUR - Kira-Kira 1,000 pekerja bank berpiket di depan Menara CIMB di Jalan Raja Laut di sini bagi memperjuang dan mempertahan hak, maruah serta martabat mereka.

Dalam piket selama tiga jam bermula pukul 10 pagi tadi, pekerja dari seluruh Semenanjung memegang kain rentang serta sepanduk yang menuntut pihak pengurusan CIMB lebih peka dengan kehendak dan keperluan mereka.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) J. Solomon berkata piket itu bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap CIMB yang tidak memberi hak kebebasan untuk pekerja menyuarakan pendapat.

"Pada masa ini, di CIMB Bank, pekerja diganggu, didiskriminasi dan didera secara literal, pekerja dinafikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau juga mendakwa pihak CIMB tidak menjalankan tugas mereka sewajarnya dalam menunaikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

"Sebanyak 27 aduan pekerja tidak dapat diselesaikan setakat ini, pihak tertinggi CIMB Bank enggan menyelesaikan aduan di peringkat yang paling rendah," katanya.

Solomon berkata seramai 100 pekerja kontrak sementara yang berkala turut dinafikan jaminan pekerjaan dan hak untuk kehidupan lebih baik seperti di bawah kontrak tetap.

"Pekerja ini tertakluk kepada diskriminasi yang melampau," katanya.

Anggota Exco Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) A. Sivananthan berkata kedua-dua pihak sepatutnya dapat menyelesaikan perkara ini secara baik.

"Saya harap Ketua Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Nazir Razak dapat duduk dan berbincang bersama-sama, jika dapat selesai, perkara seperti ini (piket) tidak akan berlaku," katanya yang mewakili Pengerusi MTUC Syed Shahir Syed Mohamud. - Bernama
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Kira-kira 1,000 pekerja bank berpiket depan Menara CIMB

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: