SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Henti segera bina surau haram Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Henti segera bina surau haram Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Henti segera bina surau haram

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15073
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Henti segera bina surau haram Empty
PostSubject: Henti segera bina surau haram   Henti segera bina surau haram Icon_minitime7/1/2013, 8:12 pm

Henti segera bina surau haram Image
Warga asing bertungkus lumus menyiapkan pembinaan surau berkenaan sebelum diarah berhenti.


Henti segera bina surau haram Image
Individu (berbaju hitam) yang dipercayai memukul penduduk kampung

KUALA KEDAH - Suasana tenang di Kampung Tepi Laut, dekat sini, kelmarin, bertukar kecoh apabila seorang wakil penduduk diserang beberapa individu hingga mengejutkan orang awam yang membeli di pasar malam berhampiran.

Difahamkan kejadian jam 6.30 petang itu berlaku berikutan gesaan kira-kira 500 penduduk yang ingin sebuah surau yang dibina secara haram berdekatan perkampungan mereka dirobohkan dengan segera kerana dikhuatiri bakal menimbulkan masalah.

Serangan beberapa individu terhadap seorang penduduk kampung dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan gesaan supaya surau berkenaan dirobohkan dan ketika dihubungi Sinar Harian, penduduk kampung yang diserang itu, berkata dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Masalah perkauman dikhuatiri akan mudah tercetus

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Nazri Hamid, 45, berkata, mereka tidak menghalang pembinaan surau dijalankan kerana ia merupakan satu perkara mulia, namun jika dua masjid dan tiga surau berhampiran juga tidak pernah penuh dengan makmum, maka perkara ini menimbulkan persoalan besar kepada penduduk kampung.

Menurutnya, pembinaan surau dipercayai dilakukan oleh warga asing di kawasan berkenaan dan dikhuatiri mempunyai agenda tersendiri malah menimbulkan kebimbangan kerana masalah perkauman mungkin tercetus.

“Lagipun, jika diberikan hak terbabit kepada orang luar, lebih baik kita beri peluang pada anak-anak tempatan sendiri untuk membina rumah di kawasan itu.

“Buat masa ini, sememangnya hanya surau yang dibina tetapi esok lusa tanpa kita sedar mungkin sudah dibina perkampungan yang tidak mampu dihalang lagi,” katanya.

Nazri berkata, walaupun polis sudah mengarahkan pembinaan surau terbabit dihentikan sementara waktu, pihaknya mengharapkan surau berkenaan dirobohkan segera.
Katanya, pembinaan dijalankan tanpa berbincang dengan mana-mana daripada 13 wakil penduduk kampung terlebih dahulu.

Penempatan warga asing menakutkan penduduk

Sementara itu, penduduk kampung yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Ros, 48, berkata, masalah penempatan baru warga asing di situ menimbulkan ketakutan pada penduduk.

Katanya, sebelum ini, pembinaan surau dijalankan berhampiran dengan penempatan penduduk namun hasil gesaan mereka menghentikan pembinaannya di kawasan terbabit tetapi mereka membinanya di tempat lain pula.

"Bagi penduduk kampung, adalah lebih baik jika warga asing berkenaan dapat dipindahkan ke tempat lain supaya perkara buruk tidak berleluasa," katanya.

Pendapat berkenaan disokong rakannya yang ingin dikenali sebagai Awang, 32, yang mana turut mengharapkan warga asing itu dapat keluar dari kawasan kampung mereka dengan segera.

Menurutnya, kebanyakan warga asing yang menjalankan perniagaan di kawasan Kuala Kedah ini didakwa tidak mempunyai lesen sah yang berkaitan malah status kewarganegaraan mereka juga diragui.

“Kami juga khuatir berlakunya aktiviti pemerdagangan manusia di kawasan ini, jadi diharapkan pihak berkaitan memantau keadaan ini secepat mungkin,” katanya.
Warga Myanmar mengaku dapat kebenaran pemilik tanah

Manakala, warga Myanmar, Yusof Muhammad, 40-an, berkata, mereka sebenarnya sudah mendapatkan kelulusan daripada tuan tanah berkenaan untuk membina surau di tapak tanah berhampiran laut terbabit.

Namun, hasil usaha penduduk menghubungi pemilik tanah berkenaan didapati ia tidak pernah mendapat kebenaran untuk membina surau berkenaan di situ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, pihaknya sudah memanggil kedua belah pihak untuk berbincang berkenaan kejadian terbabit untuk mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

“Hasilnya, pihak kami berjaya mendamaikan penduduk dan mendapat kata sepakat dari kumpulan warga asing bahawa pembinaan surau dihentikan sehingga mendapatkan kelulusan terlebih dahulu dari pihak yang berkenaan,” katanya.

Katanya, warga asing berkenaan masih boleh menggunakan surau lain yang berada di kawasan itu untuk mengerjakan ibadat.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/henti-segera-bina-surau-haram-1.118853
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Henti segera bina surau haram

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: