SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cuepacs: Elaun kerja lebih masa perlu dinaik Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cuepacs: Elaun kerja lebih masa perlu dinaik Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Cuepacs: Elaun kerja lebih masa perlu dinaik

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15037
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Cuepacs: Elaun kerja lebih masa perlu dinaik Empty
PostSubject: Cuepacs: Elaun kerja lebih masa perlu dinaik   Cuepacs: Elaun kerja lebih masa perlu dinaik Icon_minitime14/1/2013, 3:07 pm

KUALA KANGSAR – Kerajaan perlu mengkaji semula elaun kerja lebih masa sebanyak RM300 yang dibayar kepada kakitangan badan beruniform supaya selaras dengan kos hidup dan beban kerja semasa.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, elaun berkenaan dilihat tidak setimpal dengan bidang tugas kakitangan badan beruniform di negara ini yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan memerlukan mereka bekerja di luar waktu kerja.

Malah menurutnya, pelaksanaan kerja lebih masa ini juga perlu disusun semula demi tujuan penyelarasan cuti bagi semua kakitangan badan beruniform

“Elaun kerja lebih masa yang dihadkan sebanyak RM30 dilihat telah lari daripada dasar buruh antarabangsa berikutan kakitangan badan berunfirorm ini tergolong dalam kumpulan Gred 1 hingga 40. Jadi mereke memang layak untuk bekerja lebih masa tanpa had; bukannya dari 8 pagi hingga 5 petang.

“Lebih-lebih lagi dengan ahli kumpulan badan beruniform ini yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang. Perlu diambil kira dari segi kebajikan, keselamatan, beban tugas serta risiko bahaya yang bakal mereka hadapi ketika bertugas,” katanya kepada Sinar Harian.

Kerajaan telah membentuk satu suruhanjaya mengkaji penambahbaikan sistem saraan perkhidmatan awam. Laporannya dijangka diumumkan awal tahun ini.

Omar berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Dialog Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kuala Kangsar di Stesen Timbang JPJ di sini.

Sementara itu, Omar mencadangkan agar stesen timbang JPJ berkenaan dinaik taraf dengan menyediakan perkhidmatan memperbaharui lesen memandu, cukai jalan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Katanya, selain memberi kemudahan kepada penduduk sekitar, ia juga bakal menjadikan stesen berkenaan lebih komprehensif.

“Kita cadangkan agar cawangan JPJ di sini dinaikkan taraf sebagai cawangan penambahan bagi tujuan memperbaharui lesen memandu serta cukai jalan.

“Kita juga difahamkan pada hari ini, orang ramai terpaksa datang ke Ipoh atau Gerik bagi berurusan mengenai perkara berkenaan,” katanya lagi.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/cuepacs-elaun-kerja-lebih-masa-perlu-dinaik-1.120907
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Cuepacs: Elaun kerja lebih masa perlu dinaik

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: