SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Perniagaan online adakalanya indah khabar daripada rupa Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Perniagaan online adakalanya indah khabar daripada rupa Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Perniagaan online adakalanya indah khabar daripada rupa

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15047
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Perniagaan online adakalanya indah khabar daripada rupa Empty
PostSubject: Perniagaan online adakalanya indah khabar daripada rupa   Perniagaan online adakalanya indah khabar daripada rupa Icon_minitime15/1/2013, 9:17 pm

KULIM - Di zaman teknologi ini, perniagaan melalui internet semakin menjadi perhatian dan kegilaan dalam kalangan pembeli. Dengan urusan pembeliannya yang mudah, perniagaan tersebut mampu menarik orang ramai membeli apa saja produk yang ditawarkan.

Bagaimanapun, tanpa disedari ada sesetengah pembeli yang tertipu dengan produk yang hanya indah khabar daripada rupa.

Sejak kebelakangan ini ramai pembeli yang membuat laporan polis setelah ditipu oleh penjual terlibat.

Pengerusi Persatuan Pengguna Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, sehingga kini beberapa kes penipuan telah dilaporkan di mana ia melibatkan orang perseorangan dan syarikat tertentu.

“Kebanyakan perniagaan online ini dilakukan melalui laman web sosial. Sehingga kini beberapa kes penipuan dilaporkan di mana setelah pembeli membuat pembayaran terhadap sesuatu barangan, nama pembeli itu akan dikeluarkan daripada senarai rakan. Ini
mengakibatkan pembeli gagal menghubungi atau bertanya tentang barang yang dipesan daripada si penjual.

"Selain itu barangan seperti kasut sukan berjenama dijual dengan harga RM110 termasuk wang penghantaran sebenarnya satu penipuan. Ia berikutan kerana kasut yang dijual itu dibeli dari negara jiran dengan harga RM33 berbanding harga pasaran jenama sama yang asli RM168. Peniaga internet akan memperoleh keuntungan tiga kali ganda dari barangan yang dijualnya,” katanya.

Mohd Zailan berkata, orang ramai diharap jangan mudah tertipu dengan janji manis yang dibuat oleh penjual.

Seorang juruteknik, Rushdan Yaakub berkata, selain kasut pengguna sering berhadapan dengan masalah apabila barangan yang diterima itu tidak sesuai atau tidak muat.

Menurutnya, penjual tidak akan melayan sebarang pesanan yang telah dihantar kepada pelanggan sekiranya terdapat masalah saiz atau kerosakan. Sebelum ini dia pernah membeli baju melalui internet tetapi corak serta warna baju diterimanya tidak sama sepertimana yang dipesan.

“Saya memaklumkan kepada penjual terlibat dan dia mengarahkan saya mengembalikan baju itu agar dia dapat menggantikannya dengan yang baru.

"Bagaimanapun sehingga hari ini sudah tiga bulan baju yang saya tempah itu masih belum saya peroleh,” katanya.

Ketua Skim Rondaan Suka Rela (SRS) Taman Selasih Zon Dua, Norizzal Mat Saad berkata, kebanyakan mereka yang tertipu terdiri daripada golongan profesional.

"Ia berikutan kerana mereka terlalu mementingkan gaya hidup mewah selain memperagakan pakaian yang tidak dijual di pasaran. Bagi mereka, membeli sesuatu barangan melalui internet merupakan cara terkini untuk membeli belah.

“Saya mengenali seorang rakan yang menjual barangan seperti kaca mata berjenama. Memang cantik dan mahal sekiranya kita lihat melalui komputer. Disebabkan tertarik saya terus memesan kaca mata yang berharga RM100 daripadanya, bagaimanapun rakan saya itu ketawa dan meminta saya membeli kaca mata itu di Pekan Kulim sahaja, tak payah pesan dengan dia.

"Ia berikutan dia menjual barangan yang sama di pasaran tetapi teknik jualan yang dilakukan itu eksklusif membuatkan pembeli mudah membuat pesanan. Kaca mata yang saya pesan itu sekiranya dibeli di Pekan Kulim atau di pasar pagi boleh dapat RM10 sahaja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pembeli dan pengguna seharusnya membeli barangan di kedai di mana mereka boleh melihat sendiri keaslian serta mutu barangan dijual.

Beliau tidak menafikan sehingga kini ada dalam kalangan pembeli yang membuat laporan polis kerana ditipu oleh penjualan barangan melalui internet.

“Kalau nak beli kasut sukan, pergilah ke kedai sukan dan sekiranya kita hendak membeli cermin mata hitam, pergilah di pasaraya atau kedai cermin mata yang berdekatan. Dengan cara ini pembeli tidak perlu bimbang tentang kesahihan produk yang dibeli. Kita jangan terlalu percaya dan mengikut trend membeli belah masa kini.

"Kenapa harus berhadapan dengan risiko ditipu sedangkan barangan yang ingin dibeli itu ada dijual di pekan Kulim. Beli barang online memang senang. Nak kena tipu pun senang,” katanya kepada Sinar Harian.


SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/perniagaan-online-adakalanya-indah-khabar-daripada-rupa-1.121406
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Perniagaan online adakalanya indah khabar daripada rupa

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: