SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Pelajar pengsan dibelasah 20 senior Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Pelajar pengsan dibelasah 20 senior Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

  Pelajar pengsan dibelasah 20 senior

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15045
Reputation : 31
Number of posts : 1806

 Pelajar pengsan dibelasah 20 senior Empty
PostSubject: Pelajar pengsan dibelasah 20 senior    Pelajar pengsan dibelasah 20 senior Icon_minitime23/1/2013, 9:17 pm

 Pelajar pengsan dibelasah 20 senior Pix_gal0
Shaari Hashim (kanan) menunjukkan keadaan mata anaknya, Syahmie yang dibelasah sekumpulan pelajar senior ketika ditemui di Hospital Kepala Batas, semalam. - Foto Siti Azila Alias
Kepala Batas: Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di sini, dibelasah hingga pengsan, dipercayai oleh sekumpulan pelajar senior ketika waktu rehat, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 pagi itu, Syahmie Tarmize, 15, yang cedera di kepala, mata, mulut, pipi dan telinga, selain sakit di bahagian dada, dimasukkan ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.
Berikutan kejadian itu, bapa pelajar berkenaan, Shaari Hashim, 49, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU).

Syahmie, ketika ditemui di HKB, semalam, mendakwa dia tidak tahu kenapa diserang oleh kira-kira 20 pelajar senior ketika sedang makan nasi di bahagian kantin sekolah.

Mangsa sering diejek

“Saya tak tahu kenapa mereka pukul saya. Sebelum ini, mereka sering mengejek kerana saya memakai songkok ke sekolah,” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa yang sedang makan nasi bersama seorang rakan, didatangi pelajar senior yang bertindak menendangnya dari arah belakang.
Tersentak dengan perbuatan itu, dia melarikan diri ke dalam kelas yang terletak di tingkat dua. Dia terus diserang pelajar terbabit yang turut disertai beberapa pelajar lain.

Dia mendakwa tidak kurang 20 pelajar, dipercayai Tingkatan Empat dan Lima membelasahnya di kepala, muka dan badan menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Baru pindah sekolah

“Saya tidak tahu apa yang berlaku dan sebaik sedar saya berada di pejabat dan dibawa guru ke hospital selepas itu tetapi rakan saya memberitahu mereka (senior) menghentak kepala saya dengan kerusi.

“Saya tak kenal mereka dan tak pernah kacau mereka. Tambahan pula, saya baru berpindah ke sekolah ini awal sesi persekolahan lalu,” katanya.




sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajarpengsandibelasah20senior/Article/index_html
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Pelajar pengsan dibelasah 20 senior

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: