SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Wanita sedang mandi maut ditikam kenalan lelaki Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Wanita sedang mandi maut ditikam kenalan lelaki Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Wanita sedang mandi maut ditikam kenalan lelaki

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15071
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Wanita sedang mandi maut ditikam kenalan lelaki Empty
PostSubject: Wanita sedang mandi maut ditikam kenalan lelaki   Wanita sedang mandi maut ditikam kenalan lelaki Icon_minitime14/2/2013, 7:12 pm

BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan maut selepas ditikam seorang lelaki ketika dia sedang mandi di rumahnya di Taman Hwa Seng, Alma di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, lelaki berusia 31 tahun itu yang dikatakan menaruh hati terhadap Tan Ching Chin, 24, bertindak menikam mangsa sebanyak tiga kali di perut dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi tadi.

Beliau berkata, lelaki itu yang merupakan pembekal barangan binaan kepada syarikat milik abang mangsa turut bertindak menikam dirinya sendiri selepas menikam mangsa.

"Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala suspek mengalami kecederaan parah dan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku apabila lelaki tersebut yang berada di rumah mangsa sejak Ahad lalu untuk menyambut Tahun Baru Cina, bertindak memasuki bilik air ketika mangsa sedang mandi dan terus menikam mangsa.

Mazlan berkata ketika kejadian, ibu mangsa dan pembantu rumah mereka berada di rumah, bagaimanapun mereka tidak sempat membantu Tan kerana kejadian itu berlaku tanpa disedari sesiapa.

"Lelaki itu datang ke rumah mangsa sejak minggu lepas untuk menyambut Tahun Baharu Cina bersama mangsa dan keluarganya sebelum berlaku pertengkaran hari ini yang dipercayai akibat cemburu," katanya.

Katanya siasatan awal polis menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Wanita sedang mandi maut ditikam kenalan lelaki

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: