SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Beruang, kuda lumba Zoo Melaka mati disyaki diracun Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Beruang, kuda lumba Zoo Melaka mati disyaki diracun Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Beruang, kuda lumba Zoo Melaka mati disyaki diracun

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15071
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Beruang, kuda lumba Zoo Melaka mati disyaki diracun Empty
PostSubject: Beruang, kuda lumba Zoo Melaka mati disyaki diracun   Beruang, kuda lumba Zoo Melaka mati disyaki diracun Icon_minitime18/2/2013, 10:38 pm

Beruang, kuda lumba Zoo Melaka mati disyaki diracun Image
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam melawat kuda lumba baka 'Thoroughbred' yang ditemui mati di Zoo Melaka dan Safari Malam awal pagi tadi.

MELAKA - Beruang Matahari dan kuda lumba spesis 'Thoroughbred' ditemui mati disyaki diracun melalui makanan di Zoo Melaka dan Safari Malam di sini.

Pegawai Veterina zoo tersebut, Dr Zubaidah Kamarudin berkata beruang betina berusia antara 14 hingga 16 tahun itu ditemui mati 5 petang semalam sementara kuda lumba yang diberi nama 'Basket', 17, ditemui mati 7 pagi tadi.

Beliau berkata dalam kejadian pertama semalam, beruang itu dilaporkan dalam keadaan pelik oleh pelawat yang mengunjungi zoo tersebut.

"Apabila penjaga haiwan dan penyelia zoo tiba di kandang menempatkan beruang itu, ia masih hidup tapi mengalami sawan, air liur meleleh dan cirit-birit sebelum mati dalam masa yang singkat kira-kira lima minit," katanya kepada pemberita ketika ditemui di zoo tersebut hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan 8 malam tadi, beruang yang dijaga sejak tahun 2000 itu mati disebabkan makan pisang yang disyaki mengandungi sejenis serbuk racun.

Katanya kematian tersebut terlalu cepat berpunca daripada kerosakan saluran makanan yang teruk.

Dr Zubaidah berkata dalam kejadian kedua, Basket ditemui mati dalam keadaan rebah di kandangnya 7 pagi tadi dan bedah siasat akan dijalankan hari ini.

Beliau berkata pihak zoo turut menjumpai sebungkus beg plastik mengandungi buah limau, pisang dan tebu yang dipercayai telah dimasukkan sejenis serbuk dipercayai racun di kandang haiwan Cimpanzi.

Katanya bagaimanapun buah-buahan yang dipercayai dibawa dari luar itu tidak dimakan Cimpanzi tersebut.

"Kita syak ia adalah perbuatan sabotaj kerana selalunya haiwan di sini diberi makan selepas 5.30 petang namun kejadian yang berlaku sebelum ia diberi makan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata sampel makanan yang ditemui dalam kedua-dua perut haiwan tersebut dan serbuk dalam buah-buahan itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengetahui jenis racun yang digunakan.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata ekoran kejadian itu, kerajaan negeri mengambil keputusan melarang orang ramai memberi makanan kepada haiwan di zoo tersebut serta-merta berkuat kuasa hari ini.

"Kalau mereka nak bagi haiwan makan, mereka perlu membeli makanan daripada pihak zoo dan hanya haiwan yang dibenarkan sahaja boleh diberi makanan sebagai langkah mengelak kejadian sama berlaku," katanya kepada pemberita selepas diberi taklimat oleh Dr Zubaidah di zoo itu.

Beliau berkata pihak pengurusan zoo juga diminta memasang kamera litar tertutup yang besar sebagai langkah keselamatan.

Katanya kerajaan negeri juga menawarkan RM10,000 kepada individu yang menyalurkan maklumat berhubung kejadian tersebut sehingga tertangkapnya individu yang melakukan perbuatan sabotaj itu.

Mohd Ali berkata kuda lumba yang merupakan milik persendirian itu ditempatkan di zoo berkenaan sejak tiga tahun lepas sementara Beruang Matahari adalah milik zoo yang mempunyai empat ekor haiwan jenis itu.

Beliau berkata kejadian tersebut menyebabkan zoo berkenaan kerugian RM5,000 dan laporan polis dibuat hari ini. - Bernama



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/beruang-kuda-lumba-zoo-melaka-mati-disyaki-diracun-1.132394
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Beruang, kuda lumba Zoo Melaka mati disyaki diracun

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: