SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Dua beranak rugi RM5,500 selepas solat Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Dua beranak rugi RM5,500 selepas solat Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Dua beranak rugi RM5,500 selepas solat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15073
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Dua beranak rugi RM5,500 selepas solat Empty
PostSubject: Dua beranak rugi RM5,500 selepas solat   Dua beranak rugi RM5,500 selepas solat Icon_minitime25/3/2013, 11:34 pm

MARANG – Seorang pelajar kolej bersama bapanya yang singgah di Masjid Rusila di sini, untuk menunaikan solat Jumaat mengalami kerugian kira-kira RM5,500 apabila pelbagai barangan ditinggalkan di dalam kereta telah dikebas pencuri.

Mangsa meninggalkan sebuah beg mengandungi kamera jenis Nikon, ‘flash’ dan lensa berjenama serta komputer riba termasuk barang dan dokumen peribadi lain, di dalam kereta di parkir berdekatan sebuah pondok bas dekat masjid berkenaan.

Malangnya, selepas solat, mangsa bersama bapanya itu terkejut ketika membuka pintu kereta apabila mendapati beg diletakkan dalam kenderaan itu telah hilang dan apabila diperiksa, terdapat kesan kerosakan pada kunci luar di bahagian pemandu.

Mangsa yang mengesyaki kenderaan mereka telah dipecah masuk pencuri kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Marang kira-kira jam 3.30 petang hari sama.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan dan berkata, siasatan lanjut masih dilakukan dan polis kini giat memburu suspek terlibat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam kenderaan,” katanya.

Susulan kejadian itu, beliau meminta pengguna jalan raya supaya tidak meninggalkan wang atau sebarang barang berharga dalam kenderaan kerana perbuatan seumpama itu akan menarik perhatian penjenayah untuk bertindak sedemikian.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/dua-beranak-rugi-rm5-500-1.142600
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Dua beranak rugi RM5,500 selepas solat

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: