SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Anak dan bapa dipukul akibat teguran pada warga asing yang mabuk Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Anak dan bapa dipukul akibat teguran pada warga asing yang mabuk Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Anak dan bapa dipukul akibat teguran pada warga asing yang mabuk

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15071
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Anak dan bapa dipukul akibat teguran pada warga asing yang mabuk Empty
PostSubject: Anak dan bapa dipukul akibat teguran pada warga asing yang mabuk   Anak dan bapa dipukul akibat teguran pada warga asing yang mabuk Icon_minitime25/3/2013, 11:37 pm

JOHOR BAHRU - Polis menahan empat lelaki, dua daripadanya rakyat Nepal kerana terlibat dalam pergaduhan di asrama pekerja rakyat asing di Blok 20, Taman Cendana, dekat Pasir Gudang, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, 11 warga Nepal dan seorang remaja lelaki tempatan cedera dengan warga asing berkenaan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail di sini dan remaja itu menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.

Katanya pergaduhan itu berpunca apabila sekumpulan pekerja Nepal yang dipercayai mabuk bergaduh dengan remaja lelaki berusia belasan tahun itu dan bapanya, di sebuah kedai berhampiran asrama itu.

"Remaja itu sebelum itu dipercayai cuba menegur kumpulan pekerja asing terbabit kerana mabuk sebelum dia dan bapanya dipukul. Pergaduhan kemudian berlanjutan apabila kedua-duanya yang tidak berpuas hati membawa sekumpulan lelaki tempatan ke asrama itu lalu bergaduh dengan kumpulan pekerja Nepal terbabit sehingga mencetuskan rusuhan," katanya.

Asrama terbabit menempatkan kira-kira 200 pekerja asing yang bekerja di tiga kilang berhampiran, katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Polis Ke-206 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Beliau berkata polis turut menemui kayu dan batu di tempat kejadian.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata polis menahan seorang lelaki berumur 40-an di Kluang dua hari lepas bagi membantu siasatan kes penemuan kepala seorang lelaki warga emas di sebuah kuil di Ladang Coronation, Kluang, Rabu lepas.

Beliau berkata susulan tangkapan itu polis menemui beberapa petunjuk baharu kes itu.

Pada majlis itu, seramai 78 orang terdiri pegawai dan anggota polis kontinjen Johor dan orang awam menerima surat penghargaan.

Acara yang dimulakan dengan perbarisan membabitkan dua pegawai dan 52 anggota kemudian bertukar sayu tatkala Timbalan Ketua Balai Polis Permas Jaya, Sarjan Yusuf Ramji mendeklamasikan sajak bertajuk "Daulat" bagi menghargai pengorbanan anggota polis yang bertugas membanteras kumpulan militan Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah. - Bernama
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Anak dan bapa dipukul akibat teguran pada warga asing yang mabuk

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: