SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
PM umum 'berita baik' pekerja 7 agensi badan berkanun Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
PM umum 'berita baik' pekerja 7 agensi badan berkanun Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 PM umum 'berita baik' pekerja 7 agensi badan berkanun

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15047
Reputation : 31
Number of posts : 1806

PM umum 'berita baik' pekerja 7 agensi badan berkanun Empty
PostSubject: PM umum 'berita baik' pekerja 7 agensi badan berkanun   PM umum 'berita baik' pekerja 7 agensi badan berkanun Icon_minitime26/3/2013, 12:03 am

PM umum 'berita baik' pekerja 7 agensi badan berkanun Image

Susulan pengumuman sebahagian insentif Sistem Saraan Transformatif sektor awam dua minggu lalu, hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan empat berita baik bagi pekerja tujuh agensi badan berkanun diasingkan saraan (BBDS).

Empat perkara itu ialah penubuhan satu dana pencen, imbuhan tetap perumahan, memberi sagu hati setelah tamat perkhidmatan dan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerjaan (KWSP) diselaraskan membabitkan kesemua agensi terbabit.

Perdana Menteri berkata, atas dasar prihatin dan mengutamakan rakyat tuntutan itu wajar ditunaikan demi kebajikan pekerja tujuh badan terbabit.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, setelah kajian dan pengumuman dibuat oleh kerajaan, pihak pengurusan dan pihak yang terlibat dalam tujuh agensi ini perlu menyelesaikan perkara tersebut dengan segera.

"Setelah kita kaji perkara yang dituntut, maka dalam majlis yang cukup bersemangat dan luar biasa... bagi kerajaan yang mendengar keluh kesah, mengutamakan kebajikan rakyat dan yang mendengar denyut nadi rakyat, saya nak buat empat pengumuman hari ini kepada BBDS.

"... kerajaan telah tunaikan janjinya, jadi diminta pihak yang terlibat mengambil tindakan segera untuk merealisasikan," kata beliau pada Perhimpunan Perdana Bersama BBDS di Pussat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis ini turut dihadiri seramai 2,000 wakil kakitangan BBDS terbabit iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).

Pada tahun lalu, Cuepacs dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mengemukakan empat tuntutan kepada Najib bagi menjamin kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak.

Empat tuntutan itu ialah mewujudkan skim dana pencen, memanjangkan imbuhan tetap perumahan yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan, bayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan penambahan caruman KWSP syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi tersebut.

Mengulas lanjut, Najib berkata, rakyat perlu terus memberi mandat kepada kerajaan jika mahukan limpahan kejayaan terus dikongsi bersama.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini turut menyeru rakyat untuk terus memberi mandat kepadanya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 setelah janji ditunaikan.

"Kalau nak kejayaan ini berterusan, dan kejayaan beterusan itu limpahannya dikongsi dengan pekerja maka bila smpai masa yang akan kunjung tiba tak lama lagi tahulah tuan-tuan puan-puan apa yang nak dibuat.

"... maka sebuah lagi janji ditepati, saya sudah tunaikan janji bila sampai masa boleh tuan-tuan, puan-puan tunaikan janji untuk saya?" katanya lagi.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/pm-umum-berita-baik-pekerja-7-agensi-badan-berkanun-1.142843
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
hazmihassan
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Perak
Age : 57
location : tapah
Points : 8152
Reputation : 1
Number of posts : 6

PM umum 'berita baik' pekerja 7 agensi badan berkanun Empty
PostSubject: Re: PM umum 'berita baik' pekerja 7 agensi badan berkanun   PM umum 'berita baik' pekerja 7 agensi badan berkanun Icon_minitime4/4/2013, 5:54 pm

Aku bukan penjawat awam tapi aku tumpang gembira.
Back to top Go down
 

PM umum 'berita baik' pekerja 7 agensi badan berkanun

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: