SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Curi kereta mewah, jual online Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Curi kereta mewah, jual online Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Curi kereta mewah, jual online

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15071
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Curi kereta mewah, jual online Empty
PostSubject: Curi kereta mewah, jual online   Curi kereta mewah, jual online Icon_minitime22/4/2013, 3:50 pm

JIKA benar-benar berkemampuan, tidak salah untuk seseorang individu itu memiliki kereta mewah. Dari sudut lain, berangan-angan untuk mempunyai kereta besar juga tidak ada salahnya. Namun, kesalahan yang sering dilakukan ialah sikap ghairah sesetengah individu untuk merealisasikan keinginan mereka. Gara-gara mahukan kereta mewah dengan harga murah, mereka gagal menilai dan menjadi mangsa tipu penjenayah dengan mudah.

Penjenayah pula tidak kurang hebatnya, bijak menyasarkan mangsa yang dikehendaki. Modus operandi juga sangat licik dan teratur sehingga sukar ditelah oleh mangsa dan pihak berkuasa. Keghairahan mangsa serta permintaan tinggi terhadap kereta mewah yang dicuri turut memudahkan ‘kerja’ suspek. Setiap kereta mewah yang diiklankan di internet laris dijual tanpa mangsa mengetahui kenderaan itu adalah curi.

Permintaan luar biasa ini, sekali gus menggalakkan penjenayah untuk terus melakukan kegiatan haram mereka. Penjenayah juga boleh bersenang-lenang mengaut keuntungan lebih kerana kebanyakan mangsa akan mengajak rakan-rakan mereka untuk membeli kereta mewah yang dijual penjenayah.

Ikuti kupasan modus operandi kali ini bagi mengetahui lebih lanjut berhubung taktik baru ini serta tips yang boleh membantu orang awam daripada terus menjadi mangsa penjenayah.

Modus Operandi

- Curi kereta mewah antaranya jenis Toyota Vellfire, Mini Cooper, Porsche Cayenne, BMW X6 dan Mercedez Benz
- Guna alat ubah suai khas untuk padamkan nombor casis kereta curi
- Kereta dicuri kemudiannya diiklankan di internet untuk dijual
- Suspek yang bertindak sebagai runner/penjual kereta juga akan cari pembeli
- Harga kereta yang diiklankan jauh lebih murah daripada harga sebenar
- Pelanggan yang berminat akan dibenarkan memandu uji kenderaan tersebut selama tiga hari
- Sekiranya berpuas hati, pelanggan boleh terus membeli kenderaan tersebut tanpa perlu menunggu seperti prosedur biasa pembelian kereta
- Pembayaran hanya dilakukan secara tunai
- Dokumen seperti geran kereta, nombor pendaftaran, cukai jalan palsu diberikan terus kepada pembeli selepas bayaran dibuat
- Kesemua dokumen dipalsukan kelihatan tulen seperti dokumen asal yang mendapat perakuan pihak-pihak berkaitan.
- Pembeli hanya mengetahui ditipu apabila hendak memperbaharui cukai jalan kereta

Tips elak jadi mangsa
- Selidik dahulu sebelum membuat sebarang pembelian

- Sentiasa berwaspada dan perlu ada sikap curiga jika harga kereta mewah diiklankan terlalu rendah berbanding harga asal
- Buat semakan dengan pihak-pihak berkaitan berhubung ketulenan geran kereta serta cukai jalan kenderaan yang hendak dibeli
- Jangan guna orang tengah, sebaliknya beli kereta melalui agen berdaftar
- Jika mengesyaki urus niaga dilakukan tidak benar, buat laporan polis segera
- Ikuti perkembangan semasa dengan membaca akhbar , laman blog serta portal-portal berkaitan bagi mengetahui info-info terkini berhubung kes jenayah, modus operandi suspek termasuk mendapatkan tips tertentu mengelak menjadi mangsa

Siasatan

Kes sebegini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu
Kes: 8 April 2013
- Seramai 15 pembeli menanggung kerugian selepas mendapati kereta yang dibeli secara online pada harga murah adalah kenderaan curi. Polis kemudiannya menahan seorang suspek yang bertindak sebagai penjual kereta curi terbabit selepas menyerbu sebuah rumah di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 4 April lalu.
- Turut dirampas beberapa geran kenderaan baru yang disyaki palsu, cukai jalan, nombor pendaftaran, komputer riba dan telefon bimbit.
- Semua pembeli menyerahkan semula kereta dibeli kepada polis antaranya lima buah Toyota Vellfire, Mini Cooper S (3), dan masing-masing satu Porsche Cayenne, BMW X6, Toyota Estima, Toyota Wish serta Honda Odessy.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/curi-kereta-mewah-jual-online-1.152711
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Curi kereta mewah, jual online

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: