SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Dakwat kekal terus diguna pada PRU14 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Dakwat kekal terus diguna pada PRU14 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Dakwat kekal terus diguna pada PRU14

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15073
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Dakwat kekal terus diguna pada PRU14 Empty
PostSubject: Dakwat kekal terus diguna pada PRU14   Dakwat kekal terus diguna pada PRU14 Icon_minitime7/5/2013, 4:52 pm

Dakwat kekal terus diguna pada PRU14 Image

KUALA LUPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan melaksanakan beberapa penambahbaikan terutama dari segi kualiti dakwat.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata penggunaan dakwat kekal itu akan tetap dilaksanakan kerana ia diputuskan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen dan dimaktubkan dalam undang-undang pilihan raya.

"Kami akan kaji ramuan dakwat itu, serta meletakkan satu standard terhadap kualiti dakwat itu," katanya kepada pemberita selepas rancangan bual bicara Hello Malaysia yang dikelolakan Bernama TV, malam tadi.

Beliau berkata tindakan sesetengah pihak yang cuba memperbesarkan isu penggunaan dakwat kekal yang didakwa mudah luntur selepas dicalit tidak lebih kepada motif politik semata-mata.

Wan Ahmad berkata penggunaan dakwat itu hanyalah untuk menghalang pengundi mengundi dua kali, namun jika dakwat di jari mereka hilang, ia tidak bermakna mereka dapat mengundi sekali lagi kerana asas utama yang dilihat oleh SPR ialah nama pengundi dalam daftar pemilih.

"Masyarakat perlu faham kami (SPR) baru pertama kali menggunakan dakwat kekal dan sudah tentu terdapat sedikit kelemahan...kami telah lantik satu syarikat terkenal untuk menghasilkan dakwat untuk PRU13 yang mana syarikat itu turut menghasilkan dakwat kekal di negara-negara lain. Mungkin ada kelemahan daripada syarikat itu sendiri yang menyimpan dakwat terlalu lama.

"Kami telah tempah 250,000 botol dakwat kekal pada PRU ini dan dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan kami simpan di lokap-lokap balai polis daerah untuk memastikan ia selamat.

"Mungkin akibat disimpan terlalu lama kandungan dakwat telah menurun dan menjadi cair," katanya.

Beliau turut mengkritik sesetengah pihak yang membasuh dakwat kekal dengan menggunakan bahan peluntur dan seterusnya memuat naik di laman sosial bagi tujuan menjatuhkan kredibiliti SPR.

Mengenai gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi, Wan Ahmad berkata tiada insiden sedemikian berlaku kerana beliau telah mengesahkan dengan semua Pegawai Pengurus (RO).

"Bila saya dapat maklumat ada pihak mengatakan berlaku masalah bekalan elektrik, saya terus telefon semua RO setiap negeri untuk pengesahan maklumat," katanya.

Semalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menjelaskan tiada gangguan bekalan elektrik berlaku semasa proses pengiraan undi pada PRU13 Ahad lepas. - Bernama



sumber:http://www.sinarharian.com.my/spr-dakwat-kekal-terus-diguna-pada-pru14-1.157782
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Dakwat kekal terus diguna pada PRU14

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: