SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Gardenia nafikan khabar angin harga naik Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Gardenia nafikan khabar angin harga naik Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Gardenia nafikan khabar angin harga naik

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15059
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Gardenia nafikan khabar angin harga naik Empty
PostSubject: Gardenia nafikan khabar angin harga naik   Gardenia nafikan khabar angin harga naik Icon_minitime15/5/2013, 12:28 am

KUALA LUMPUR - Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, anak syarikat makanan yang di senarai di Singapura, QAF Ltd, hari ini menjelaskan bahawa harga produknya tidak dinaikkan.

"Sudah lebih setahun Gardenia menjadi sasaran siri penipuan yang disebarkan oleh beberapa orang. Fitnah terbaharu ialah harga roti kami naik.

"Ini fitnah semata-mata. Produk Gardenia di Semenanjung Malaysia tidak dinaikkan," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Yap Kim Shin, dalam satu kenyataan.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd beroperasi di Semenanjung Malaysia.

Minggu lepas, pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin mengenai kenaikan harga roti Gardenia.

Khabar angin ini bermula di Internet dan sejak itu tersebar luas dalam beberapa media perdana.

Yap berkata harga produk Gardenia di Semenanjung Malaysia stabil sejak beberapa tahun dan syarikat itu menyerap kenaikan kos pengeluaran.

"Syarikat itu yakin kenaikan harga hanya sebagai merupakan tindakan akhir jika semula aspek lain dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti, tidak dapat ditangani.

"Penipuan dan fitnah ini bertujuan mensabotaj Gardenia. Kami memberi jaminan kepada pengguna bahawa khabar angin ini tidak benar sama sekali dan meminta pengguna mengesahkan kandungan yang dibaca di Internet.

Harga produk Gardenia di senarai pada tag "kwik lok" dan/atau dicetak pada pembungkus.

Pengguna dinasihatkan menyemak sendiri harga dan tidak mendengar atau menyebar maklumat palsu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gardenia, layari www.gardenia.com.my.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengeluarkan roti buku pertama dalam barisan pengeluarannya pada 1986.

Hari ini, selepas 26 tahun, Gardenia mempunyai kemudahan di lima kilang dengan 39 unit penyimpanan stok dan menghasilkan 1.8 juta unit produk setiap hari.

Gardenia baru-baru ini menerima Anugerah Emas berprestij pada anugerah Putra Brand Awards 2013. - Bernama
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Gardenia nafikan khabar angin harga naik

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: