SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
133,000 MyKad hilang dalam tempoh 3 bulan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
133,000 MyKad hilang dalam tempoh 3 bulan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 133,000 MyKad hilang dalam tempoh 3 bulan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15053
Reputation : 31
Number of posts : 1806

133,000 MyKad hilang dalam tempoh 3 bulan Empty
PostSubject: 133,000 MyKad hilang dalam tempoh 3 bulan   133,000 MyKad hilang dalam tempoh 3 bulan Icon_minitime25/5/2013, 12:31 am

PUTRAJAYA - Kehilangan 133,000 MyKad dalam tempoh tiga bulan iaitu dari Januari hingga Mac tahun ini menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menyifatkan jumlah itu agak tinggi, Ahmad Zahid berkata kehilangan MyKad, walaupun tidak disengajakan, menyebabkan ia boleh diguna untuk tujuan jenayah.

"Apa yang membimbangkan kami ialah jika kehilangan itu mempunyai kaitan dengan sindiket. Kami khuatir MyKad ini diguna untuk pelbagai tujuan terutama jenayah," katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini.

Beliau berkata sekiranya siasatan mendapati ada sindiket terlibat dalam menghilangkan MyKad dan menggunakannya untuk tujuan jenayah dan sebagainya, JPN perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan pemantauan bagi menyelesaikan masalah itu.

"Saya yakin JPN mampu menyelesaikan masalah itu agar tidak berterusan," katanya.

Ahmad Zahid berkata bayaran denda mungkin akan ditingkatkan terhadap individu yang menghilangkan MyKad selepas ini.

"Saya minta Ketua Pengarah JPN mencadangkan (bayaran denda) kepada KDN dan saya akan bawa ke kabinet untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan daripada kabinet," katanya.

Pada masa ini denda kehilangan MyKad bagi kali pertama ialah RM100, RM200 kali ke-2 dan RM300 bagi kehilangan kali ke-3. - Bernama




sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/zahid-133-000-mykad-hilang-dalam-tempoh-3-bulan-1.163247
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

133,000 MyKad hilang dalam tempoh 3 bulan

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: