SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Netbook 1Malaysia rosak Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Netbook 1Malaysia rosak Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Netbook 1Malaysia rosak

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15067
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Netbook 1Malaysia rosak Empty
PostSubject: Netbook 1Malaysia rosak   Netbook 1Malaysia rosak Icon_minitime1/6/2013, 10:53 pm

Netbook 1Malaysia rosak Image
Barisan kepimpinan Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang melihat keadaan komputer riba 1Malaysia yang dipulangkan semula penerima kerana mengalami kerosakan.

PASIR GUDANG – Pihak yang bertanggungjawab dalam urusan pemberian Netbook 1Malaysia digesa memberi penjelasan berhubung kerosakan sebanyak 2,015 unit komputer riba itu.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima sebanyak 2,015 unit komputer riba yang dipulangkan semula oleh penerima akibat mengalami kerosakan daripada keseluruhan jumlah 4,356 yang diagihkan dari tahun lalu sehingga Mei ini.

Menurutnya, sebelum ini komputer riba yang mengalami kerosakan diambil balik pengedar yang dilantik untuk dibaik pulih, namun sejak April lepas pihak berkenaan tidak mahu lagi bertanggungjawab kerana dikatakan kontrak selama setahun telah tamat.

“Kami sudah beberapa kali menghubungi pihak pengedar, namun mereka enggan bertanggungjawab kerana katanya kontrak selama setahun telah tamat pada April lepas.

“Kami buntu kerana tidak tahu hendak berurusan dengan pihak mana, sedangkan pihak bertanggungjawab yang dihubungi juga tidak memberi sebarang maklum balas,” katanya kepada pemberita, di sini, kelmarin.

Rohazam berkata, ramai penerima yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan meluahkan rasa kecewa kerana komputer riba yang diharapkan boleh membantu pembelajaran anak-anak langsung tidak boleh diguna pakai.

Menurutnya, kebanyakan komputer riba tersebut mengalami kerosakan pada hardisk, bateri dan software sehingga memerlukan kos yang tinggi untuk dibaik pulih sendiri.

“Kami terpaksa menelan maki-hamun daripada penerima kerana terlalu kecewa komputer riba yang baru diambil terpaksa dipulangkan semula akibat mengalami kerosakan.

“Lebih membingungkan apabila komputer riba yang diambil pihak pengedar untuk dibaikpulih sebelum ini masih belum dipulangkan, sedangkan kami dihujani pertanyaan daripada penerima setiap hari.

“Kami mahukan penjelasan daripada pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini dalam tempoh 14 hari kerana ini melibatkan hak rakyat,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/netbook-1malaysia-rosak-1.166424
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Netbook 1Malaysia rosak

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: