SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kos amah Indonesia pada kadar RM8,000 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kos amah Indonesia pada kadar RM8,000 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kos amah Indonesia pada kadar RM8,000

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15073
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Kos amah Indonesia pada kadar RM8,000 Empty
PostSubject: Kos amah Indonesia pada kadar RM8,000   Kos amah Indonesia pada kadar RM8,000 Icon_minitime2/7/2013, 12:11 am

Kos amah Indonesia pada kadar RM8,000 Image

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menetapkan kos pengambilan pembantu rumah asing Indonesia pada kadar RM8,000 setelah mengambil kira kos-kos yang wujud melibatkan kedua-dua negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin yang bermesyuarat di sini hari ini.

Beliau berkata penetapan kos itu adalah antara perkara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman Mengenai Pekerja Domestik Indonesia di antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia 2011, yang tertangguh pelaksanaannya sebelum ini.

"Antara kos yang terlibat ialah latihan selama 200 jam, kos dokumen perjalanan, kos makanan dan penginapan pembantu rumah sebelum diserahkan kepada majikan, kos pengangkutan, kos pemeriksaan kesihatan serta bayaran kepada agensi pekerjaan di kedua-dua negara," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarakat kali ke-10 jawatankuasa itu di Bangunan Parlimen.

Di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia sebelum ini, bayaran kepada agensi pembantu rumah asing Indonesia ditetapkan sebanyak RM4,511 iaitu RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan.

"Mungkin sesetengah pihak berkata kos telah naik dari RM4,500 ke RM8,000. Tetapi, sekiranya kerajaan Malaysia tidak bersetuju dengan itu, sampai bila-bila pun kita tidak dapat melaksana pengambilan pembantu rumah Indonesia.

"Indonesia sudah membandingkan dengan negara lain yang sanggup bayar tinggi. Rakyat Malaysia mahukan pembantu rumah. Kalau begitu, kita kena mengambil kira faktor di luar kawalan sebagai penanda aras walaupun kos dianggap tinggi," kata Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri berkata perubahan kos struktur itu akan dibawa ke dalam perundingan di antara kedua-dua kerajaan bagi mendapatkan persetujuan, agar dapat dikuatkuasakan secepat mungkin.

Beliau berkata perinciannya akan disampaikan oleh Kementerian Sumber Manusia setelah mendapat persetujuan bersama, dan pihak yang berurusan dengan pengambilan pembantu rumah hendaklah mematuhinya.

Selain itu, Muhyiddin berkata jawatankuasa berkenaan juga memutuskan supaya pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 tidak terpakai kepada pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

"Gaji minimum kita tak ambil kira. Itu terserah kepada majikan untuk tentukan mengikut kadar pasaran," katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kerajaan juga memutuskan untuk memansuhkan pengeluaran Journey Perform Visa (JP Visa) mulai 1 Oktober 2013.

Sebelum ini JP Visa dikeluarkan kepada warganegara Indonesia yang memasuki negara ini melalui Pas Lawatan Sosial sebagai pelancong untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia. - Bernama



sumber;http://www.sinarharian.com.my/nasional/kos-amah-indonesia-pada-kadar-rm8-000-1.177608
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Kos amah Indonesia pada kadar RM8,000

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: