SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Guru matematik rayu bantuan cari anak hilang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Guru matematik rayu bantuan cari anak hilang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Guru matematik rayu bantuan cari anak hilang

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15059
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Guru matematik rayu bantuan cari anak hilang Empty
PostSubject: Guru matematik rayu bantuan cari anak hilang   Guru matematik rayu bantuan cari anak hilang Icon_minitime5/8/2013, 1:59 pm

Guru matematik rayu bantuan cari anak hilang Image

PETALING JAYA - Ketika Aidilfitri tinggal beberapa hari sahaja lagi, seorang ibu merayu bantuan rakyat Malaysia mengesan anaknya kecilnya, Aisyah Wan Exzan, tiga tahun, yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu di Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata ibu Aisyah, Arbaiyah Md Zin didakwa bertemu dengan penculik tersebut menerusi laman sosial Facebook pada Mei dan menjalin hubungan dengan suspek serta merancang untuk berkahwin.

Arbaiyah yang merupakan seorang guru matematik berusia lewat 30-an, meninggalkan anak perempuannya kepada suspek 30 Julai lalu, hanya selepas beberapa minggu mengenali lelaki tersebut.

Suspek memberitahu Arbaiyah bahawa dia ingin memperkenalkan Aisyah kepada kakaknya.

Arbaiyah turut memberikan suspek sijil kelahiran Aisyah kerana mereka berdua merancang untuk pergi berbulan madu bersama kanak-kanak tersebut selepas mereka berkahwin.

"Pada 2 Ogos, Arbaiyah turut memberi wang tunai RM25,000 kepada lelaki tersebut untuk pelaburan perniagaan emas di sebuah pusat membeli-belah di Rawang.

"Keesokan harinya, Arbaiyah menunggu suspek untuk membawa Aisyah pulang ke rumah. Suspek berjanji untuk membawanya keluar dan membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Namun suspek tidak muncul dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab," kata Abdul Rahim kepada The Star.

Beliau berkata ibu mangsa turut pergi ke rumah suspek di Taman Tun Dr Ismail dalam usaha mencari anak perempuannya itu tetapi alamat rumah tersebut milik orang lain.

Kes itu diklasifikasikan polis sebagai penculikan kanak-kanak.

Abdul Rahim berkata siasatan masih dijalankan dan menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu sehingga maklumat lanjut diketahui.

Sementara itu, #findaisyah tersebar pantas di laman Twitter dengan pengguna Internet seluruh negara menggunakan medium tersebut untuk mencari kanak-kanak tersebut selepas berita penculikannya disebarkan dalam laman media sosial awal pagi Isnin.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/guru-matematik-rayu-bantuan-cari-anak-hilang-1.190376
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Guru matematik rayu bantuan cari anak hilang

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: