SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tergamam lihat budak dirempuh sehingga terputus kaki Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tergamam lihat budak dirempuh sehingga terputus kaki Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Tergamam lihat budak dirempuh sehingga terputus kaki

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15067
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Tergamam lihat budak dirempuh sehingga terputus kaki Empty
PostSubject: Tergamam lihat budak dirempuh sehingga terputus kaki   Tergamam lihat budak dirempuh sehingga terputus kaki Icon_minitime30/9/2013, 12:42 am

Tergamam lihat budak dirempuh sehingga terputus kaki Image

Penduduk menunjukkan lokasi kemalangan yang berlaku pada petang Khamis lalu.
< 1 / 1 >
KUALA KRAI – Seorang wanita berusia 41 tahun diselubungi perasaan ngeri dan hanya mampu menjerit melihat seorang kanak-kanak bertarung dengan kesakitan apabila kakinya digilis tayar sebuah lori dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan Bedal, di sini petang Khamis lalu.

Wanita tersebut memaklumkan, dia berada di hadapan rumahnya yang terletak di hadapan sekolah berkenaan pada masa kejadian.

Menurutnya, dia telah bergegas ke arah jalan selepas dikejutkan bunyi dentuman kuat dan melihat seorang kanak-kanak lelaki terjatuh di tepi jalan selepas dipercayai dirempuh sebuah lori.

"Ketika itu kanak-kanak itu sedang berusaha sedaya upaya menarik kakinya yang tersepit di bawah tayar sebuah lori.

"Selepas itu kanak-kanak terbabit pengsan di pangkuan bapanya yang turut berada di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, dia tergamam saat melihat kejadian berkenaan dan naluri keibuannya tersentuh melihat kanak-kanak terbabit bertarung dengan kesakitan yang tidak mampu digambarkan.

Tambahnya, dia begitu simpati dengan mangsa namun tidak kuat untuk mendekatinya terutama selepas melihat sendiri keadaan mangsa ketika itu.

"Sebelah tangannya masih memegang plastik air yang baru dibeli. Melihat keadaannya, saya terbayangkan anak saya sendiri sedang bertarung dengan kesakitan," katanya.

Sinar Harian difahamkan, kaki kanak-kanak terbabit putus akibat kejadian berkenaan dan dia kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Kuala Krai.

Mangsa dikatakan berada di seberang jalan sekolah berkenaan untuk membeli air selepas tamat kelas agama di sebelah petang, sebelum kejadian berlaku.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tergamam-lihat-budak-dirempuh-1.206640
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Tergamam lihat budak dirempuh sehingga terputus kaki

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: