SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lagi peniaga ditipu wang palsu Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lagi peniaga ditipu wang palsu Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Lagi peniaga ditipu wang palsu

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15039
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Lagi peniaga ditipu wang palsu Empty
PostSubject: Lagi peniaga ditipu wang palsu   Lagi peniaga ditipu wang palsu Icon_minitime24/11/2013, 7:01 pm

Lagi peniaga ditipu wang palsu Image

Rajoo menunjukkan perbandingan RM20 asli dan yang palsu.
< 1 / 1 >
KUALA KURAU - Kes penipuan wang tunai RM20 palsu terus berleluasa di negara ini.

Kali ini, seorang penjual surat khabar di Pekan Kuala Kurau, di sini, dipercayai diperdaya dua lelaki yang berurusan dengannya menggunakan wang palsu RM20.

Mangsa yang hanya dikenali Rajoo, 61, berkata, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 12.30 tengah hari apabila kedainya dikunjungi seorang lelaki berusia lingkungan 20-an untuk membeli surat khabar.

Menurutnya, lelaki terbabit menaiki motosikal bersama seorang rakannya menyerahkan RM20 untuk membayar surat khabar setelah memberi alasan tiada wang kecil.

“Ketika kejadian, hanya ada beberapa pelanggan dalam kedai dan tanpa membuang masa saya menyerahkan duit baki kepada lelaki berkenaan.

“Saya hanya menyedari wang itu palsu semasa mengira wang sebelum menutup kedai jam 2.30 petang,” katanya ketika ditemui di kedainya di Pekan Kuala Kurau, di sini semalam.

Rajoo berkata, terdapat perbezaan ketara pada wang itu sehingga meyakinkannya RM20 yang diterima itu palsu.

"Setelah membuat perbandingan, saya dapati wang palsu itu tidak mempunyai kesan kilat menunjukkan nilai RM20, selain kesan garisan kilat yang terlalu tebal berbanding RM20 asli.

"Walaupun saiz dan tulisannya sama dengan wang asli, namun warna wang palsu sedikit pudar dan seakan-akan warna RM10, selain kualiti RM20 rendah seperti difotostat pada kertas biasa.

"Saya menunjukkan RM20 palsu itu kepada seorang rakan Cina dan terkejut dimaklumkan wang palsu dengan nombor siri AL 2261319 turut digunakan untuk beberapa siri penipuan di sekitar daerah Taiping,” katanya.

Rajoo berkata, setelah lebih 10 tahun berniaga di sini, ini kali pertama dia menerima duit palsu.

“Disebabkan ia melibatkan nilai yang kecil, saya tidak berhasrat untuk membuat laporan polis tetapi mengharapkan orang ramai lebih berhati-hati.

"Dalam masa sama saya minta pihak berkenaan ambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/lagi-peniaga-ditipu-wang-palsu-1.223954
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Lagi peniaga ditipu wang palsu

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: