SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kecewa barang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier hilang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kecewa barang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier hilang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kecewa barang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier hilang

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15037
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Kecewa barang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier hilang Empty
PostSubject: Kecewa barang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier hilang   Kecewa barang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier hilang Icon_minitime1/12/2013, 9:21 pm

Kecewa barang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier hilang Image

Mohamad Nabil menunjukkan laporan polis berserta resit pembelian alat ganti basikal yang hilang dalam jagaan sebuah syarikat penghantaran cepat.
< 1 / 1 >
MACHANG - Seorang pelanggan sebuah syarikat penghantaran cepat terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM2,000 apabila barang yang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier hilang, dua bulan lalu.

Mohamad Nabil Wan Ahmad berkata, dia menghantar alat ganti basikal ke Selangor menggunakan perkhidmatan itu namun sehingga kini penerimanya belum menerima barang tersebut.

Katanya, selepas menghubungi syarikat terbabit, alat ganti itu disahkan hilang dan pihak syarikat itu berjanji akan melakukan sesuatu mengenainya.

"Malangnya sehingga kelmarin tiada ganti rugi diterima. Saya sudah bagi masa sehingga 28 November lalu untuk mereka beri kata putus berkenaan ganti rugi tersebut namun tiada tindak balas diberikan.

"Syarikat ini pernah meminta untuk membayar secara ansuran, namun saya menolak memandangkan saya perlu duit untuk membayar alat ganti yang terpaksa saya beli sekali lagi," jelasnya.

Mohamad Nabil berkata, pegawai bertanggungjawab juga cuba mengelak serta tidak menjawab panggilan telefon dan hanya membalas khidmat pesanan ringkas (sms) yang dihantarnya.

Kecewa dengan tindakan tersebut, Mohamad Nabil memaklumkan telah membuat laporan polis mengenai perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, di sini, kelmarin.

"Sebagai sebuah syarikat besar yang menyediakan perkhidmatan di seluruh dunia, perkara ini tidak sewajarnya menjadi masalah untuk mereka selesaikan.

"Saya guna perkhidmatan syarikat tersebut memandangkan cawangannya terletak berdekatan kediaman saya di sini. Malangnya masalah sebegini pula berlaku," katanya.

Tambah Mohamad Nabil, dia berharap syarikat berkenaan menyelesaikan masalah itu dengan baik bagi memastikan pelanggan tidak mudah hilang kepercayaan kepada perkhidmatan yang mereka sediakan.

"Sebagai sebuah syarikat besar, mereka mesti ada insurans dan sebagainya untuk menjaga keselamatan barang-barang yang dihantar. Pastinya tidak susah bagi mereka menyelesaikan masalah seumpaman ini.

"Saya sudah tunggu dua bulan untuk masalah ini diselesaikan dengan baik. Malangnya tidak sekali pun syarikat berkenaan mengakui barang itu hilang ketika mereka keluar menghantar barangan," katanya.



SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kecewa-barang-dihantar-hilang-1.226134
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Kecewa barang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier hilang

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: