SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan dijangka dilaksana 1 Mei Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan dijangka dilaksana 1 Mei Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan dijangka dilaksana 1 Mei

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15029
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan dijangka dilaksana 1 Mei Empty
PostSubject: Sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan dijangka dilaksana 1 Mei   Sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan dijangka dilaksana 1 Mei Icon_minitime16/4/2014, 11:00 pm

MELAKA 16 April - Sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan dijangka dilaksanakan di seluruh negara mulai 1 Mei, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Beliau berkata, melalui sistem itu, pembeli kenderaan boleh mendapatkan nombor pendaftaran mengikut negeri yang dikehendaki tanpa perlu pergi ke negeri terbabit.

Sebagai contoh, katanya pembeli kenderaan di negeri Melaka yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran Johor boleh memohon di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka tanpa dikenakan sebarang bayaran.

``Sistem ini bagi menampung kehendak pelanggan kerana ada pengguna jalan raya yang meminati nombor pendaftaran tertentu, jadi bagi memudahkan pelanggan maka kerajaan memudahkan pendaftaran di mana-mana negeri,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan kursus asas pegawai penguatkuasa gred N41 dan pembantu penguatkuasa gred N17 di Akademi Pengangkutan Jalan di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad.

Ditanya sama ada perkhidmatan pengkomputeran mySIKAP JPJ mampu menampung sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan berkenaan, Ab Aziz berkata sistem mySIKAP kini semakin lancar.

Sistem mySIKAP diperkenal November tahun lepas sebelum ini mengalami beberapa gangguan menyebabkan proses urus niaga menjadi perlahan sehingga mengakibatkan pelanggan menunggu lama ketika berurusan di pejabat-pejabat JPJ.

Dalam pada itu, Ab. Aziz berkata, pertukaran hak milik kenderaan menggunakan sistem biometrik bagi syarikat akan dilaksanakan pada 1 Jun.

Katanya, pertukaran hak milik kenderaan menggunakan sistem biometrik bagi individu telah bermula pada 1 April lepas bertujuan mengelak kes pemalsuan dokumen.

Melalui sistem biometrik berkenaan, pemilik asal dan bakal pemilik harus hadir sendiri ke kaunter JPJ berhampiran untuk mendaftarkan cap jari masing-masing sebelum memulakan transaksi jual beli. - BERNAMA




sumber: http://infoisusemasa.blogspot.com/2014/04/sistem-pendaftaran-kenderaan-tanpa.html
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan dijangka dilaksana 1 Mei

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: