SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Dua kanak-kanak terkunci dalam kereta hampir sejam Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Dua kanak-kanak terkunci dalam kereta hampir sejam Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Dua kanak-kanak terkunci dalam kereta hampir sejam

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15071
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Dua kanak-kanak terkunci dalam kereta hampir sejam Empty
PostSubject: Dua kanak-kanak terkunci dalam kereta hampir sejam   Dua kanak-kanak terkunci dalam kereta hampir sejam Icon_minitime26/4/2014, 10:05 pm

Bapa kanak-kanak terbabit (tiga, kiri) membuka pintu kenderaan menggunakan kunci pendua. (Gambar kanan) Dua beradik yang terkunci dari dalam kereta sedang leka bermain sesama sendiri, semalam.
< 1 / 1 >
SEREMBAN - Tindakan seorang lelaki meninggalkan dua anak kecilnya berusia 1 dan 3 tahun dalam kereta ketika berurusan di bank, nyaris mengundang padah apabila kedua-duanya terperangkap dalam kenderaan itu hampir sejam.

Kejadian kira-kira 8.40 pagi di hadapan sebuah bank dekat Garden Homes, Seremban 2, di sini, berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang enjinnya masih hidup, terkunci dari dalam menyebabkan anggota bomba dan penyelamat dipanggil bantu menyelamat.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Md Zin Salleh berkata, sebuah jentera membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 10 minit kemudian.

Setibanya di lokasi kejadian, katanya, bomba mendapati kedua-dua kanak-kanak terbabit sedang leka bermain sesama sendiri, manakala kenderaan milik mangsa sudah dikerumuni orang ramai.

“Kita cuba memanggil dan menarik perhatian kedua-duanya, lebih-lebih lagi si abang supaya membuka kunci pintu dari dalam, tetapi tidak berjaya berikutan kedua-duanya masih kecil dan belum memahami insiden menimpa mereka.

“Cubaan kita membuka kesemua pintu guna dawai besi juga tidak berhasil akibat dihalang sistem keselamatan pada MPV itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Md Zin berkata, keadaan itu memaksa si bapa pulang ke rumah di Taman Bukit Galena, kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian dengan menaiki van bomba untuk mengambil kunci pendua.

“Beberapa anggota juga pergi bersamanya untuk menghulurkan bantuan jika diperlukan, memandangkan si bapa turut tertinggal kunci rumah dalam kenderaan itu.

“Tindakan memecahkan tingkap merupakan jalan terakhir sekiranya keadaan benar-benar mendesak, misalnya si bapa gagal menjumpai kunci pendua atau kedua-dua anaknya mula tidak sedarkan diri akibat lemas,” katanya.

Menurutnya, masalah itu bagaimanapun dapat diselesaikan kira-kira 45 minit kemudian apabila si bapa datang kembali bersama kunci pendua.

“Pemeriksaan ringkas kita terhadap kedua-duanya mendapati masing-masing dalam keadaan sihat.

“Justeru, kita ingin mengingatkan ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak dalam kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa, seperti berlaku hari ini (semalam) bagi elakkan perkara tidak diingini,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/anak-kecil-terkunci-dalam-kereta-1.274339
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Dua kanak-kanak terkunci dalam kereta hampir sejam

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: