SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lelaki dipenjara sehari, denda RM1,000 kemuka sijil cuti sakit palsu Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lelaki dipenjara sehari, denda RM1,000 kemuka sijil cuti sakit palsu Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Lelaki dipenjara sehari, denda RM1,000 kemuka sijil cuti sakit palsu

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15067
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Lelaki dipenjara sehari, denda RM1,000 kemuka sijil cuti sakit palsu Empty
PostSubject: Lelaki dipenjara sehari, denda RM1,000 kemuka sijil cuti sakit palsu   Lelaki dipenjara sehari, denda RM1,000 kemuka sijil cuti sakit palsu Icon_minitime9/5/2014, 12:02 am

KUALA LUMPUR - Gara-gara mengemukakan sijil cuti sakit palsu kepada majikan, seorang bekas penyelia tapak dihukum penjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Hirwan Rusman, 28, setelah dia mengaku bersalah menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk memperdaya Syarikat Pembinaan Yeih Tiong Lay (SPYTL) Sdn Bhd.

Saifulakmal berkata walaupun kes pemalsuan sijil sakit tidak melibatkan sebarang kecederaan namun ia tetap melanggar undang-undang dan hukuman setimpal perlu dijatuhkan memandangkan kejadian sama kerap berlaku.

Mohd Hirwan didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat D6 SPYTL Sdn Bhd di sini pada 2 Januari lepas dan didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes perbuatan tertuduh disedari pegawai tadbir syarikat terbabit yang mendapati tertuduh mengemukakan cuti sakit palsu dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) Bahagian Pesakit Luar bertarikh 28 Disember 2013.

Pegawai itu membuat semakan dan didapati sijil itu tidak dikeluarkan oleh HKL dan cap pegawai perubatan juga adalah palsu.

Ketika rayuan, peguam N. Sadgurunathan yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan ia kesalahan pertama dan tertuduh berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling memohon hukuman berat bagi memberi pegajaran kapada tertuduh dan orang lain. - Bernama
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Lelaki dipenjara sehari, denda RM1,000 kemuka sijil cuti sakit palsu

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: