SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Saman tertunggak RM570j, polis 'buru' pesalah mulai Jun ini Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Saman tertunggak RM570j, polis 'buru' pesalah mulai Jun ini Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Saman tertunggak RM570j, polis 'buru' pesalah mulai Jun ini

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15073
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Saman tertunggak RM570j, polis 'buru' pesalah mulai Jun ini Empty
PostSubject: Saman tertunggak RM570j, polis 'buru' pesalah mulai Jun ini   Saman tertunggak RM570j, polis 'buru' pesalah mulai Jun ini Icon_minitime16/5/2014, 12:16 am

Saman tertunggak RM570j, polis 'buru' pesalah mulai Jun ini Image
Sekadar gambar hiasan.
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Polis akan menjejaki pesalah trafik dalam 'Ops Warta' mulai Jun ini ke arah menyelesaikan masalah tunggakan saman berjumlah RM570 juta sejak 10 tahun lepas.

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, ia melibatkan 1.9 juta waran tangkap yang masih berbaki dalam tempoh itu.

Beliau berkata, ada pesalah tegar yang mempunyai lebih daripada satu waran tangkap kerana enggan menjelaskan saman mereka.

"Tindakan kami ini ialah untuk memastikan peraturan lalu-lintas sentiasa dihormati di negara ini bagi mencegah kemalangan dan kematian di jalan raya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa dalam tempoh 10 tahun itu, 4.25 juta waran tangkap telah dikeluarkan.

Mohd Fuad berkata, melalui Ops Warta trafik yang dijalankan sejak September 2013 hingga Selasa lepas, 308,160 pemeriksaan dibuat dalam 9,743 operasi penguatkuasaan yang dijalankan, dengan 7,583 tangkapan terhadap individu yang dikeluarkan waran tangkap.

Menurutnya, dalam tiga bulan pertama tahun ini, 114,115 kes kemalangan direkodkan, 1,512 daripadanya kemalangan maut yang meragut 1,623 nyawa.

Pengguna motosikal menjadi penyumbang tertinggi dari segi angka korban kemalangan iaitu 1,014 orang, diikuti pengguna kereta (332), pejalan kaki (125), lori (47), pacuan empat roda (31) dan basikal (30), bas (10), van (7) dan kenderaan lain (27).

Dalam perkembangan lain, Mohd Fuad mengaskan mana-mana individu atau kumpulan yang menjalankan tugas ‘marshall’ tanpa kehadiran rasmi polis trafik akan diambil tindakan undang-undang.

“Tidak terdapat dalam undang-undang mengenai tugas marshall di jalan raya...keperluan bantuan tugas marshall mesti dengan kehadiran rasmi polis trafik dalam acara kebangsaan atau antarabangsa seperti yang dilihat dalam acara berbasikal Le Tour de Langkawi," jelasnya.

Menurutnya, adalah menjadi satu kesalahan terutama apabila marshall menahan pergerakan trafik bagi melancarkan perjalanan sesuatu konvoi. - Bernama





sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/saman-tertunggak-rm570j-polis-jejaki-pesalah-1.280557
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Saman tertunggak RM570j, polis 'buru' pesalah mulai Jun ini

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: