SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Promosi 'Tempat Duduk Percuma' kembali Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Promosi 'Tempat Duduk Percuma' kembali Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Promosi 'Tempat Duduk Percuma' kembali

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15037
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Promosi 'Tempat Duduk Percuma' kembali Empty
PostSubject: Promosi 'Tempat Duduk Percuma' kembali   Promosi 'Tempat Duduk Percuma' kembali Icon_minitime3/6/2014, 7:22 pm

Promosi 'Tempat Duduk Percuma' kembali Image

AirAsia
< 1 / 1 >
AIRASIA kembali semula dengan promosi "Tempat Duduk Percuma" apabila menawarkan 2.5 juta tempat untuk tempahan segera bagi tempoh perjalanan dalam separuh pertama 2015.

Promosi itu menawarkan tempat duduk percuma ke destinasi seperti Langkawi, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Singapura, Hong Kong, Chennai, Siem Reap, Lombok, Kalibo (Boracay) dan pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa lain, kata syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
 
Tempat duduk percuma itu (tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan fi lain yang dikenakan) boleh ditempah dari 2-8 Jun, 2014, bagi tempoh perjalanan dari 5 Januari hingga 31 Julai, 2015.
 
Tempahan boleh dibuat diwww.airasia.com, serta menerusi aplikasi mudah alih AirAsia di iPhone, peranti Android, Blackberry Z10 dan platform telefon Windows.

Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh, berkata mereka yang merancang percutian tahun depan boleh mengambil kesempatan daripada promosi Tempat Duduk Percuma ini.  
 
"Kami sentiasa melakukan yang terbaik untuk setiap orang dengan peluang perjalanan pada harga sangat berpatutan dan realistik," katanya.
 
AirAsia X Bhd, syarikat penerbangan jarak jauh tambang rendah juga menawarkan tambang terangkum terendah ke destinasinya.
 
Harga tambang bermula daripada serendah RM199 bagi Kelas Ekonomi untuk penerbangan berlepas dari Kuala Lumpur ke Australia (Adelaide, Sydney, Melbourne, Perth, Gold Coast), Jepun (Nagoya, Osaka, Tokyo), Korea Selatan (bosan, Seoul), China (Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai), Taiwan (Taipei), Nepal (Kathmandu) dan Sri Lanka (Colombo).
 
Laluan terbaharu AirAsia X di China, Xian, juga termasuk dalam promosi itu.
 
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutifnya Azran Osman-Rani berkata selain daripada tawaran menarik bagi kelas Ekonomi, syarikat penerbangan itu mengumumkan promosi harga rendah tambang kelas Perniagaan Premium daripada sehingga serendah RM679.
 
"Juga tidak patut dilepaskan, tambang mengagumkan kami bagi kelas Perniagaan Premium ke Perth, Melbourne, Sydney, Adelaide dan Gold Coast daripada serendah RM949," katanya.
 
Sementara itu, AirAsiaGo, cabang percutian syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia itu turut menawarkan penjimatan hebat sehingga 75 peratus apabila Tempat Duduk Percuma AirAsia ditempah bersama dengan kemudahan hotel.
 
Harga yang ditawarkan adalah daripada serendah RM139 bagi kedua-dua penerbangan dan penginapan (setiap orang) dan bagi yang hanya mahukan penginapan sahaja, harga adalah daripada serendah RM49 semalam.  - Bernama
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Promosi 'Tempat Duduk Percuma' kembali

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: