SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
CEO Jai Network bersama isteri dipenjara, didenda RM50 juta Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
CEO Jai Network bersama isteri dipenjara, didenda RM50 juta Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 CEO Jai Network bersama isteri dipenjara, didenda RM50 juta

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15049
Reputation : 31
Number of posts : 1806

CEO Jai Network bersama isteri dipenjara, didenda RM50 juta Empty
PostSubject: CEO Jai Network bersama isteri dipenjara, didenda RM50 juta   CEO Jai Network bersama isteri dipenjara, didenda RM50 juta Icon_minitime14/6/2014, 9:28 pm

CEO Jai Network bersama isteri dipenjara, didenda RM50 juta Ma_01.1

KUANTAN 13 Jun - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk serta isteri dihukum penjara 10 tahun dan enam tahun serta denda berjumlah RM50 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 189 pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM170 juta dan mengambil deposit daripada orang awam secara haram.

Hakim Datuk Noradidah Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Datuk Dr. Jailani Jabar, 54, serta isterinya, Datin Dr. Latifah Taib, 53, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

Dia dan isterinya, masing-masing dihukum penjara empat dan dua tahun bagi setiap 189 pertuduhan pengubahan wang haram tersebut namun mahkamah memerintahkan hukuman berjalan serentak.

Jailani yang merupakan tertuduh pertama didenda RM29 juta atas 106 pertuduhan melibatkan nilai RM98.7 juta manakala Latifah pula didenda RM21 juta atas 83 pertuduhan membabitkan nilai RM71.3 juta.

Denda yang dikenakan ke atas kedua-dua tertuduh bagi setiap pertuduhan adalah antara RM600 hingga RM4 juta.

Kedua-dua tertuduh yang tinggal di Jalan Kubang Buaya di sini didakwa melakukan aktiviti pengubahan wang haram membabitkan sejumlah hampir RM170 juta antara bulan Februari 2006 dan Oktober 2007.

Mengikut pertuduhan, kes-kes melibatkan pembayaran deposit dan ansuran bulanan sembilan buah kereta termasuk jenama BMW, pembelian empat buah rumah, dua buah lot rumah kedai, satu lot kilang selain transaksi kemasukan wang menggunakan akaun syarikat ke akaun peribadi masing-masing.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) yang dibaca bersama Seksyen 87(1)(b) akta yang sama. Sabit kesalahan, mereka boleh dipenjarakan maksimum lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan menerima deposit daripada orang ramai tanpa lesen, Jailani dihukum penjara enam tahun manakala isterinya dipenjarakan empat tahun.

Pasangan itu didakwa menerima deposit sebanyak RM222 juta dari orang awam tanpa lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM) di No. 474, Jalan Beserah, Kuantan, antara 1 Januari dan 17 Julai 2007.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM10 juta atau kedua-duanya sekali.

Jailani adalah Pengarah Urusan Jai Networks Systems Sdn. Bhd., yang berpejabat di Jalan Beserah di sini, manakala Latifah, Pengarah syarikat yang sama.

Hukuman penjara bagi kes pengubahan wang haram dan menerima deposit orang ramai tanpa lesen ini adalah berjalan secara berasingan.

Sepanjang perbicaraan, seramai 79 saksi pendakwaan dan lapan saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa dari BNM, Fahmi Abd. Moin dan Mohd. Shukri Ahmad Mansor serta dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Farez Rahman.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Mahkamah...#ixzz34Z1QqLIj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

CEO Jai Network bersama isteri dipenjara, didenda RM50 juta

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: