SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Beckham ikon budak Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Beckham ikon budak Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Beckham ikon budak

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12173
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Beckham ikon budak Empty
PostSubject: Beckham ikon budak   Beckham ikon budak Icon_minitime6/12/2007, 3:05 pm





[url=mailto://][/url]



Tinjauan dapati kanak-kanak tak anggap bapa sebagai teladan

LONDON: Seorang dalam empat kanak-kanak tidak menganggap bapa mereka rapat dengan keluarga dan lebih ramai budak lelaki menjadikan pemain bola sepak sebagai teladan berbanding bapa masing-masing, menurut satu kajian.

Ia juga mendapati, cuma seorang dalam 10 kanak-kanak berkata, mereka akan berjumpa bapa terlebih dulu jika mempunyai masalah.

Malah di kalangan keluarga tradisi, bapa jauh ketinggalan dalam kehidupan anak mereka berbanding ibu. Perpecahan keluarga dan masa bekerja panjang bermakna bapa kurang menghabiskan masa dengan anak masing-masing seperti diinginkan kanak-kanak, menurut aktivis.

Tinjauan ke atas 1,000 kanak-kanak berusia 6 dan 12 tahun mendapati kebanyakan mereka gembira, menganggap mereka melalui zaman kanak-kanak lebih baik berbanding ibu bapa masing-masing, dan percaya Britain adalah tempat tinggal yang hebat.

Bagaimanapun, editor rancangan kanak-kanak, Newsround, yang mengadakan tinjauan itu, Sinead Rocks, berkata pengarah program berkenaan 'amat terperanjat dan tawar hati' dengan gambaran mengenai peranan bapa dalam kehidupan berkeluarga seperti digambarkan tinjauan.

Dia berkata: "Sepanjang tinjauan, peranan bapa tidak begitu baik."

Secara keseluruhan, 26 peratus berkata, mereka tidak berasa bapa masing-masing sebagai anggota keluarga rapat. Perangkaan itu lebih tinggi bagi kanak-kanak daripada latar belakang keluarga sosioekonomi rendah dengan satu dalam setiap tiga orang atau 33 peratus berkata bapa mereka tidak dikira.

Sementara budak lelaki lebih menyanjung pemain bola sepak berbanding bapa, dengan 25 peratus menyebut bintang seperti David Beckham sebagai contoh dan cuma 14 peratus menamakan bapa mereka.

Cuma 11 peratus kanak-kanak akan pergi kepada bapa mereka 'jika ada masalah' dengan 76 peratus akan merujuk ibu.

Ketua Eksekutif badan kebajikan Families Need Fathers, Jon Davies, berkata perangkaan menunjukkan 'satu tragedi.' – Agensi
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

Beckham ikon budak

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Oversea-
Jump to: