SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Penduduk Lopburi percaya tuah monyet.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Penduduk Lopburi percaya tuah monyet.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Penduduk Lopburi percaya tuah monyet..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12177
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Penduduk Lopburi percaya tuah monyet.. Empty
PostSubject: Penduduk Lopburi percaya tuah monyet..   Penduduk Lopburi percaya tuah monyet.. Icon_minitime10/12/2007, 11:36 am

Penduduk Lopburi percaya tuah monyet.. 115



MONYET dijamu dengan buah-buahan ketika pesta menjamu monyet di Lopburi.


[url=mailto://][/url]
MONYET di Lopburi, Thailand, memang bertuah. Ketika monyet di sesetengah tempat lain dilapah untuk dijadikan hidangan eksotik atau dibunuh begitu saja kerana dianggap mengganggu manusia, monyet di bandar ini dilayan seperti raja.

Pada 25 November setiap tahun, bandar ini mengadakan pesta menjamu monyet dengan pelbagai makanan seperti buah-buahan, kacang, kentang goreng dan minuman ringan.

Perayaan ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan orang Thai bahawa memberi makanan kepada monyet adalah cara yang sempurna untuk memperoleh karma yang baik dan mendapat tempat dalam syurga.

Bagaimanapun bagi kebanyakan penduduk Lopburi yang terletak kira-kira 150 kilometer ke utara Bangkok, kehadiran monyet menguntungkan bandar itu.

Pemilik hotel, Yongyuth Kijwattananuson, berkata Lopburi tidak mungkin akan terkenal di seluruh dunia jika tidak kerana monyet.

“Sama ada rakyat tempatan dari Bangkok atau warga England yang datang sebagai pelancong, beribu-ribu orang datang untuk melihat telatah monyet,” katanya

Bagi ahli perniagaan seperti Yongyuth, kehadiran pelancong sudah tentu bukan hanya untuk melihat monyet kerana mereka juga melawat destinasi pelancongan lain sekitar Lopburi seperti Istana Raja Narai dan empangan Pasak.

Walaupun ada banyak kawasan pelancongan lain yang menarik, monyet adalah daya tarikan utama Lopburi hingga Yongyuth menjadikan monyet sebagai logo hotelnya, Lopburi Inn.

Pesta menjamu monyet juga pernah menjadi cara untuk membuat kebajikan. Ketika kegawatan ekonomi melanda Asia, termasuk Thailand pada akhir 1990-an, mereka yang menderma lebih 999 Bath untuk makanan monyet sebenarnya turut membantu pesakit jantung yang tidak berkemampuan menjalani pembedahan.

Yongyuth berkata, hasil kutipan derma pernah menampung kos pembedahan 10 pesakit pada suatu tahun.
Bagi pelancong asing, pengalaman melihat beratus-ratus monyet berebut makanan ternyata amat menarik, apatah lagi apabila dilakukan dalam suatu upacara untuk menghormati haiwan itu.

Sejak beberapa tahun lalu, makanan diletakkan di atas kira-kira 100 meja kecil. Ini membolehkan seekor monyet menguasai keseluruhan meja kerana haiwan ini tidak suka berkongsi walaupun makanan di meja itu mencukupi untuk beberapa ekor monyet.

Penonton pula menyaksikan telatah monyet di sekeliling kawasan lapang Wat Prang Sam Yot, iaitu kuil tiga pagoda yang terkenal di Thailand.

Saat paling menyeronokkan ialah apabila monyet saling bersaing merebut makanan dan kelihatan tidak tahu makanan yang mana perlu dimakan dulu. Ada yang mengambil makanan lalu dibawa lari ke tempat lain.

Selepas keadaan agak reda, penonton dibenarkan memasuki padang. Ketika ini, monyet dan penonton saling berinteraksi. Ramai yang mengambil peluang untuk memberi makanan dengan tangan dan mengambil gambar.

Penonton tidak dikenakan bayaran untuk melihat pesta monyet, malah Yongyuth bermurah hati menyediakan kotak makanan tengah hari.

Bagaimanapun ini tidak menghairankan. Yongyuth yang mempunyai tiga hotel dan sebuah pusat membeli-belah di Lopburi juga mendapat keuntungan lumayan. Bilangan penonton yang ramai, terutama pelancong asing bermakna hotelnya sentiasa penuh.

Bagi penduduk tempatan, kehadiran monyet sudah menjadi sebahagian kehidupan mereka walaupun haiwan ini agak nakal.

Nasihat kepada orang luar ialah awasi barang yang anda pegang. Monyet Lopburi yang sukakan buah-buahan dan manisan tidak teragak-agak merampas barang di tangan anda. Malah botol bayi pun akan dibawa lari.

FAKTA

Monyet Lopburi


:star: Sebahagian besar monyet tinggal di Wat Prang Sam Yot, sebuah kuil Hindu purba.


:star: Monyet bebas ke mana-mana dan dianggap sebagai pembawa tuah kepada Lopburi.


:star: Dianggarkan kira-kira 2,000 ekor monyet mendiami Lopburi.


:star: Pesta menjamu monyet mewujudkan perniagaan kepada penduduk tempatan.


:star: Ahli perniagaan, Yongyuth Kijwattananuson, menaja makanan, chef, pembawa makanan dan penari untuk menjayakan pesta menjamu monyet.

Lebih 2,000 kilogram buah-buahan dan sayur-sayuran dihidangkan ketika pesta.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

Penduduk Lopburi percaya tuah monyet..

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: