SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Muka segar warnai tenis Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Muka segar warnai tenis Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Muka segar warnai tenis

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12175
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Muka segar warnai tenis Empty
PostSubject: Muka segar warnai tenis   Muka segar warnai tenis Icon_minitime24/1/2008, 8:03 am

Muka segar warnai tenis


Muka segar warnai tenis Sl_01_big
REAKSI pemain Serbia, Ana Ivanovic selepas berjaya memperoleh mata mengalahkan pemain Amerika Syarikat, Venus Williams pada perlawanan Terbuka Australia di Melbourne, semalam. – AP.

MELBOURNE – Pilihan keempat dari Serbia, Ana Ivanovic berkata generasi baru bintang tenis wanita telah muncul selepas kejayaannya menyingkirkan Venus William pada kejohanan tenis Terbuka Australia semalam.
Juara enam kejohanan Grand Slam, Venus menyertai adiknya Serena, juara bertahan dan pemain nombor satu dunia, Justine Henin tersingkir pada saingan suku akhir di Melbourne daripada kejohanan besar pertama tahun ini.
Ketiga-tiga mereka telah merangkul 21 kejuaraan Grand Slam dan diletak sebagai calon favourite untuk meraih kejuaraan kali ini.
Namun Ivanovic, 20, berkata dia dan lain-lain pemain bintang yang sedang meningkat, termasuk rakan senegara Jelena Jankovic, 22, dan pemain Slovakia, Daniela Hantuchova, 25, telah memanfaat segala peluang yang ada untuk mara ke separuh akhir kejohanan di Melbourne Park.
Ivanovic turut menyenaraikan Maria Sharapova antara ‘bintang baru’ kerana pilihan kelima dari Rusia itu baru berusia 20 tahun dan memenangi dua Grand Slam termasuk kejuaraan Wimbledon pada usia 17 tahun.
“Saya rasa semua orang berminat untuk melihat muka-muka baru dan wajah-wajah yang segar. Kebanyakan dari kami sangat muda, Maria 20, Jelena 22, dan Daniela juga sangat muda.
“Saya rasa ia sesuatu yang hebat untuk sukan tenis wanita. Kami semua mempunyai peluang yang baik di sini kali ini. Ia cuma mengenai berapa lama anda mampu bertahan dan sejauh mana anda boleh berjaya,’’ katanya.
Ivanovic akan bertemu pilihan kesembilan Hantuchova di separuh akhir hari ini manakala pilihan ketiga Jankovic menentang Sharapova.
Ivanovic menambah, dengan semakin ramai pemain yang sedang meningkat di ranking dunia, sukan itu semakin menarik peminat rantau-rantau baru kerana ia berkembang secara global.
“Saya fikir tenis sekarang semakin menjadi sukan global.
“Juga semakin ramai pemain dari China yang muncul. Adalah seronok menyaksikan muka-muka baru dalam kejohanan jelajah,’’ jelasnya.
– AFP

Muka segar warnai tenis Main_story_gradient_bottom
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
 

Muka segar warnai tenis

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN SUKAN-
Jump to: