SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
`Mati tanpa telefon bimbit' Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
`Mati tanpa telefon bimbit' Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 `Mati tanpa telefon bimbit'

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12139
Reputation : 3
Number of posts : 2079

`Mati tanpa telefon bimbit' Empty
PostSubject: `Mati tanpa telefon bimbit'   `Mati tanpa telefon bimbit' Icon_minitime15/1/2008, 2:03 pm

GENERASI muda Jepun kini sedang berdepan dengan gelombang gaya hidup baru abad ke-21 yang begitu bergantung kepada gajet teknologi tinggi. Telefon bimbit adalah gajet yang menurut kajian lebih 95 peratus generasi muda Jepun mengakui tidak dapat hidup tanpanya.


Kira-kira satu pertiga pelajar sekolah rendah Jepun berusia tujuh hingga 12 tahun sudah mempunyai telefon bimbit sendiri. Peratusan tersebut dikatakan akan meningkat sehingga 96 peratus bagi pelajar sekolah menengah. Ia merupakan statistik yang didedahkan menerusi kaji selidik kerajaan yang dilakukan pada bulan lalu.


Mereka menggunakan telefon bimbit untuk membaca buku, mendengar muzik, berbual dengan rakan dan melayari internet. Secara puratanya 124 minit sehari bagi pelajar sekolah menengah perempuan dan 92 minit bagi lelaki. Walaupun sistem teknologi komunikasi tanpa wayar yang semakin berkembang di Jepun menawarkan pelbagai manfaat pendidikan, tetapi tiada siapa dapat menolak kesan hitamnya, ujar pakar sambil memberi contoh peningkatan buli dalam sistem siber dan kemahiran sosial remaja yang semakin rendah.


“Ketika ditanya apakah yang paling penting dalam hidup mereka, hampir 99 peratus kanak-kanak memberitahu telefon bimbit,” kata Ketua Majlis Kaunseling Laman Web Kebangsaan, Masashi Yasukawa.


“Bayangkan, jari jemari mereka masih tidak berhenti menekan pad kekunci telefon bimbit walaupun ketika makan dan menonton televisyen.”


Kesungguhan Ayumi Chiba, 20, menyatakan kepentingan telefon bimbit dalam hidupnya mungkin membuktikan betapa hebatnya kesan gajet itu dalam hidup remaja.


“Hidup saya tidak dapat dibayangkan tanpa telefon bimbit di sisi. Mungkin saya hilang arah atau boleh gila.


“Malah, saya akan berpura-pura sakit dan pulang dari sekolah awal sekiranya saya terlupa membawa telefon bersama,” ujarnya.


Hideki Nakagawa, seorang Profesor Sosiologi di Universiti Nihon, Tokyo memberitahu telefon bimbit sudah menjadi satu obsesi yang melampau dalam kalangan generasi muda.


“Mereka berasa hidup seperti tidak lengkap tanpa telefon bimbit, sama seperti seorang jurujual tanpa kad bisnes,” katanya.


Dengan fungsi telefon bimbit zaman ini yang semakin pelbagai, ia mempunyai peranan tersendiri dalam hidup remaja. Malah, ia juga digunakan sebagai satu senjata dalam kalangan remaja untuk ‘menyerang’ rakan-rakan yang tidak sebulu tanpa memikirkan kesannya.


Yasukawa mengimbas kembali kes seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang sering menerima mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakannya: “Mati”, “Kamu seorang penyibuk” dan “Anda busuk”.


Rupa-rupanya SMS itu didapati dihantar oleh seorang rakannya sendiri yang pernah berselisih faham dengannya. Bagaimanapun, selepas dikesan, rakannya itu memberitahu polis, dia hanya bergurau.


“Walaupun ia hanya dikatakan mesej untuk bergurau, namun yang pasti ia telah mengganggu emosi remaja yang dibuli. Malah, dengan pelbagai cara lain seperti mesej bergambar yang mengaibkan dan pesanan suara menggugut, kesemua itu telah meninggalkan trauma yang lebih dahsyat,” katanya yang mengakui telefon bimbit kini menjadikan dunia semakin menakutkan.


Katanya, itu belum lagi melihat kesan terhadap kemahiran sosial generasi muda yang dikatakan semakin tumpul. Seorang pakar pendidikan, Profesor Tetsuro Saito memberitahu, dalam satu kaji selidik melibatkan 1,600 pelajar berusia sekitar 14 tahun, didapati sebanyak 60 peratus daripada mereka membawa telefon bimbit ke sekolah. Separuh daripadanya menggunakan telefon untuk menghantar 20 atau lebih emel dalam sehari.


Kebanyakan pelajar sekolah menengah jarang menggunakan telefon untuk bercakap. Saito yang mengajar di Universiti Wanita Kawamura Gakuen, Tokyo, berkata, remaja dilihat cenderung kepada satu bentuk komunikasi di mana identiti mereka tidak begitu terdedah atau tidak berurusan dengan seseorang secara bersemuka.


“Komunikasi secara personal seperti sudah terikat. Gajet seperti telefon sudah menjadi satu ‘orang tengah’ kepada perhubungan zaman ini,” katanya.


Tomomi, 18, yang enggan memberitahu nama penuhnya berkata: “Saya menghantar lebih 20 emel sehari. Ada ramai pelajar yang saya tidak bercakap dengan mereka walaupun saya bertembung dengan mereka di sekolah. Saya hanya menghantar emel untuk berhubung. Saya rasa kami lebih senang dihubungkan melalui mesin.”


Kaji selidik Saito mendapati telefon bimbit turut memberi kesan kepada kehidupan keluarga sehingga mengundang pelbagai masalah.


Selain semakin kurang komunikasi dalam keluarga, gajet ini juga menjurus kepada keretakan hubungan dan pelajar cenderung menggunakan telefon secara melampau.


Akibatnya, sebagai contoh seorang ibu, Kanae Yokoyama, 36, sedang berdepan dengan perbicaraan apabila memukul dan menyebabkan kepala anak perempuannya berusia 15 tahun terkehel.


Kecederaan itu terjadi apabila Yokoyama mendapati anaknya menggunakan telefon bimbit secara rahsia sejak November lalu. Bil telefon bimbit yang telah digunakan anak gadisnya mencecah RM4,000 pada bulan Oktober sahaja kerana memuat turun muzik, permainan video dan gambar.


“Memandangkan gadis itu turut sering ponteng dari sekolah, telefon bimbit mungkin satu-satunya kawan gadis itu,” menurut kenyataan polis.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12039
Reputation : 0
Number of posts : 737

`Mati tanpa telefon bimbit' Empty
PostSubject: Re: `Mati tanpa telefon bimbit'   `Mati tanpa telefon bimbit' Icon_minitime15/1/2008, 10:30 pm

uina....ini macam satu penyakit sua ni...ling... Wink
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12159
Reputation : 1
Number of posts : 4411

`Mati tanpa telefon bimbit' Empty
PostSubject: Re: `Mati tanpa telefon bimbit'   `Mati tanpa telefon bimbit' Icon_minitime18/1/2008, 3:37 pm

bukan juga penyakit bro..
seperti nyawa suda tu handphone tu kalau di zaman sekarang..
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12139
Reputation : 3
Number of posts : 2079

`Mati tanpa telefon bimbit' Empty
PostSubject: Re: `Mati tanpa telefon bimbit'   `Mati tanpa telefon bimbit' Icon_minitime18/1/2008, 7:44 pm

kalau keluar rumah terlupa bawa handphone, sanggup pulang balik untuk ambil handphone tu
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
Satria Neo84
SENIOR
SENIOR
Satria Neo84

Age : 39
location : Labuan
Points : 12272
Reputation : 0
Number of posts : 834

`Mati tanpa telefon bimbit' Empty
PostSubject: Re: `Mati tanpa telefon bimbit'   `Mati tanpa telefon bimbit' Icon_minitime20/1/2008, 2:50 am

Hehehe...zaman skg beb.....
Back to top Go down
vijay91hebat
SENIOR
SENIOR
vijay91hebat

Male
Countries/State : Kuala Lumpur
Age : 32
location : Labuan
Points : 12406
Reputation : 0
Number of posts : 649

`Mati tanpa telefon bimbit' Empty
PostSubject: Re: `Mati tanpa telefon bimbit'   `Mati tanpa telefon bimbit' Icon_minitime20/1/2008, 10:28 am

henpon penting bah...
Back to top Go down
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12039
Reputation : 0
Number of posts : 737

`Mati tanpa telefon bimbit' Empty
PostSubject: Re: `Mati tanpa telefon bimbit'   `Mati tanpa telefon bimbit' Icon_minitime24/1/2008, 5:56 pm

tapi ada juga orang yang fobia dengar ringing hendphone ni.... What a Face
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
vijay91hebat
SENIOR
SENIOR
vijay91hebat

Male
Countries/State : Kuala Lumpur
Age : 32
location : Labuan
Points : 12406
Reputation : 0
Number of posts : 649

`Mati tanpa telefon bimbit' Empty
PostSubject: Re: `Mati tanpa telefon bimbit'   `Mati tanpa telefon bimbit' Icon_minitime25/1/2008, 7:45 pm

nie kes henponholic nie.....
Back to top Go down
one star!
SENIOR
SENIOR
one star!

Male
Age : 36
location : JB Riot City - Pub Par
Points : 12102
Reputation : 0
Number of posts : 755

`Mati tanpa telefon bimbit' Empty
PostSubject: Re: `Mati tanpa telefon bimbit'   `Mati tanpa telefon bimbit' Icon_minitime29/1/2008, 9:43 pm

huhu..mcm nyawa bh tu hp.. What a Face
Back to top Go down
taktahu
MODERATOR
taktahu

Male
Countries/State : Canada
Age : 43
location : Papar & Sandakan
Tag ID: : 01370
Points : 14775
Reputation : 9
Number of posts : 5398

`Mati tanpa telefon bimbit' Empty
PostSubject: Re: `Mati tanpa telefon bimbit'   `Mati tanpa telefon bimbit' Icon_minitime30/1/2008, 4:19 am

aku tgk masrakat global skrg nie serupa cam handpon dah...... heheheh
Back to top Go down
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12159
Reputation : 1
Number of posts : 4411

`Mati tanpa telefon bimbit' Empty
PostSubject: Re: `Mati tanpa telefon bimbit'   `Mati tanpa telefon bimbit' Icon_minitime30/1/2008, 5:02 pm

lainlah kalau kita tinggal di dalam gua atau hutan yang memang tiada line kan?..
so kalau gitu memang hp tu tidak diperlukan langsung lah..
lagi pun tiada tempat cas bateri.. hehehehe...
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
Sponsored content




`Mati tanpa telefon bimbit' Empty
PostSubject: Re: `Mati tanpa telefon bimbit'   `Mati tanpa telefon bimbit' Icon_minitime

Back to top Go down
 

`Mati tanpa telefon bimbit'

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: