SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
pemain tanpa prestasi jadi rebutan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
pemain tanpa prestasi jadi rebutan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 pemain tanpa prestasi jadi rebutan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12139
Reputation : 3
Number of posts : 2079

pemain tanpa prestasi jadi rebutan Empty
PostSubject: pemain tanpa prestasi jadi rebutan   pemain tanpa prestasi jadi rebutan Icon_minitime5/2/2008, 8:55 am

Sasaran kata: 'Lucu ya! badminton Malaysia'


Oleh Norbakti Alias
[url=mailto://][/url]



Bekas teman sejawat di Indonesia hairan pemain tanpa prestasi jadi rebutan

SEORANG sahabat lama dari Jakarta menghubungi penulis, semalam untuk bertanya khabar dan perkembangan badminton negara selepas dia agak lama tidak menulis mengenai sukan itu sebaik ditukarkan untuk menerajui unit lain.

Apa yang menarik minatnya adalah kes membabitkan pemain badminton negara, Hafiz Hashim yang kini dilaporkan mahu keluar daripada Nusa Mahsuri untuk menyertai kelab pilihannya masa kini, Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC).

Agak lama juga perbualan kami di telefon tapi sebagai antara jutaan peminat badminton negara, rasa tercabar juga apabila sahabat itu bertanya ‘siapa itu Hafiz’.

Mulanya penulis mahu menyebut Hafiz adalah juara All England 2003 dan juara Sukan Komanwel 2002 tapi terdetik juga fikiran yang badminton adalah bidang pengkhususan sahabat itu pada waktu berkenaan.

Mujur penulis pantas menangkap kenyataan sinis berkenaan sebelum terperangkap dengan permainan kata sahabat itu. Bila soalan itu dijawab dengan ketawa penulis, tawa di hujung talian itu juga semakin kuat.
Kemudian baru sahabat itu membentangkan hujahnya yang agak menarik untuk penulis berkongsi pandangan dengan pembaca kali ini.

“Tahun lalu, Taufik Hidayat turut dikatakan sudah memberi persetujuan untuk menyertai KLRC yang juga menimbulkan kekalutan di PBSI (Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia) tapi ia berakhir dengan Taufik kemudian mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar untuk menegaskan dia tidak akan meninggalkan Indonesia dan menyertai kelab lain.

“Biarpun kurang setuju jika Taufik ke kelab itu, tapi ia tetap satu penghargaan buatnya kerana dia berprestasi. Taufik masih digeruni lawan dan mampu terus menjadi tarikan.

“Apakah Hafiz punya prestasi? Bukankah dia kini cuma mantan juara All England sahaja yang dimenangi lima tahun lalu. Jadi, siapa Hafiz.
“Hairan juga pemain tanpa prestasi jadi rebutan. Lucu ya badminton Malaysia,” katanya.

Sebagai peminat, pastinya penulis rasa tercabar dan tentunya Hafiz juga lebih rasa tercabar. Tapi itulah hakikat yang perlu diakui, Hafiz sekarang bukan Hafiz dulu lagi.

Mungkin kejayaan 2003 itu hadir terlalu cepat atau mungkin campur tangan pihak ketiga yang menjadi penasihat kewangannya yang cuba mengaut apa sahaja tawaran dalam tempoh mungkin lima tahun lagi kariernya dalam badminton.

Mengapa tidak pula membantu ketika Hafiz mula-mula menjadi juara dulu kerana ketika itu pasti lebih mudah ‘menjualnya’ sebagai produk tajaan berikutan statusnya waktu itu. Namun, bila sembilan tahun selepas menyertai Nusa Mahsuri baru nak sedar, memang benarlah kata sahabat tadi. Lucu badminton Malaysia ini.

Penulis sebenarnya sudah bosan dengan isu ini. Bagi penulis, ia tidak ubah sebagai satu alasan awal jika Hafiz gagal layak ke Sukan Olimpik.

Sebab itulah penulis tidak nampak mengapa Nusa Mahsuri masih keberatan mahu melepaskan pemain itu yang kini mencetuskan situasi bagaikan sebumbung tapi berlainan bilik.

Sebagai kelab yang menggilap Hafiz menjadi pemain yang dikenali sedikit masa lalu, penulis rasakan Nusa Mahsuri wajar menuntut pampasan sebagai ganti rugi usaha mereka selama ini. Itu hak mereka. Lagipun ia satu perniagaan yang menunjukkan betapa bijak keputusan Nusa Mahsuri apabila ‘menjual benih yang sudah layu’.

Sebagai rekod, pemain yang meninggalkan Nusa Mahsuri sebelum ini seperti Ong Ewe Hock, Yong Hock Kin dan Ismail Saman sendiri pun gagal mencipta nama. Mungkin Hafiz mahu berbuat demikian kerana dia sendiri sudah sedar untung nasibnya dalam badminton antarabangsa dan tempatan.

Mungkin angin baru diperlukan Hafiz. Lagipun pada masa sama, Hafiz turut boleh membantu bekas jurulatih negara, Cheah Soon Kit dan bekas pasangan Razif Sidek di peringkat awal kariernya, Ong Beng Teong untuk mencuri kesempatan menempa nama dalam badminton negara.

Kedua-dua jurulatih itu sememangnya memerlukan suntikan untuk sekurang-kurangnya duduk sama tinggi dengan mentor Hafiz, Misbun Sidek. Maklumlah Soon Kit selama bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya melatih pemain wanita manakala Beng Teong pula selama ini sekadar terbabit dengan pemain bawahan peringkat kelab.

Bagi penulis, Misbun tidak lagi perlukan Hafiz kerana dia sudah membuktikan kewibawaannya sebagai jurulatih. Dia pernah mengangkat nama pemain seperti Ewe Hock, Hock Kin, Pang Chen, Roslin Hashim dan Hafiz menjadi pemain yang dihormati di pentas dunia.

Mungkin ada yang menyatakan Ewe Hock sudah menjadi pemain nombor dua negara di belakang Rashid Sidek ketika diambil Misbun tetapi jangan lupa pada 1994, pemain veteran seperti Foo Kok Keong mahupun Kwan Yoke Meng sudah menggantung raket.

Contoh terbaik pastinya Lee Chong Wei. Biarpun pernah dipisahkan daripada Chong Wei yang ‘diserahkan’ kepada jurulatih dari China, Li Mao, Misbun membuktikan sentuhannya apabila mendapat semula pemain itu tahun lalu - tahun yang menyaksikan kebangkitan pemain utama negara itu.

Sebab itu, penulis katakan Misbun tidak lagi perlukan Hafiz kerana dia tidak lagi perlu membuktikan apa-apa lagi berbanding Hafiz, Soon Kit mahupun Beng Teong. Biarlah kita semua lihat bagaimana mereka memikul cabaran itu.

Jika Nusa Mahsuri masih mahu berkira-kira mengenai Hafiz atas alasan namanya membantu dalam mendapatkan tajaan syarikat peralatan sukan, mungkin jika dia gagal layak ke Sukan Olimpik, nilai pemain itu mungkin sudah jauh merudum di mata penaja. Fikirkanlah.

dipetik dari berita harian
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12039
Reputation : 0
Number of posts : 737

pemain tanpa prestasi jadi rebutan Empty
PostSubject: Re: pemain tanpa prestasi jadi rebutan   pemain tanpa prestasi jadi rebutan Icon_minitime5/2/2008, 3:19 pm

jual saja la ba kalau ayam suda tua..hehehe :twisted:
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
 

pemain tanpa prestasi jadi rebutan

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN SUKAN-
Jump to: