SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Al-Fayed dedah Diana hamil - Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Al-Fayed dedah Diana hamil - Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Al-Fayed dedah Diana hamil -

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12115
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Al-Fayed dedah Diana hamil - Empty
PostSubject: Al-Fayed dedah Diana hamil -   Al-Fayed dedah Diana hamil - Icon_minitime19/2/2008, 8:35 am

Fayed dedah Diana hamil -
Dedah bukti dalam inkues siasatanAl-Fayed dedah Diana hamil - Du_01.1
AL-FAYED (kanan) melambaikan tangannya ke arah wartawan ketika tiba di Mahkamah Tinggi London semalam.



INKUES yang menyiasat kematian Puteri Diana dan kekasihnya, Dodi al-Fayed semakin panas selepas bapa Dodi, Mohamed Al-Fayed buat pertama kalinya memberikan kenyataannya di Mahkamah Tinggi London.
Pemilik gedung membeli belah terkemuka, Harrods di Britain itu semalam menegaskan bahawa Diana dan Dodi merupakan mangsa konspirasi pembunuhan pihak Istana.
Diana yang merupakan bekas isteri pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles dan kekasihnya itu terbunuh dalam satu kemalangan di sebuah terowong di Paris, Perancis pada 30 Ogos 2007.
Al-Fayed berkata, dia berjuang selama 10 tahun untuk membalas dendam atas kematian anaknya itu.
“Ini adalah saat yang saya tunggu bagi menyatakan apa yang sebenarnya berlaku pada anak saya dan Diana,” katanya.
Al-Fayed menunggu selama lebih satu dekad bagi menyatakan pendapatnya secara rasmi bahawa keluarga diraja Britain adalah dalang di sebalik kematian Diana.
Dia juga percaya konspirasi untuk membunuh pasangan itu bertujuan mengelakkan pihak istana mendapat malu sekiranya Diana berkahwin dengan Dodi yang beragama Islam.
Ahli perniagaan itu juga percaya ada pihak tidak dapat menerima seorang beragama Islam dari Mesir menjadi bapa tiri kepada bakal Raja Britain, Putera William.
“Ketika kami bercuti bersama-sama pada Julai 1997, Diana memberi tahu bahawa beliau kini berada dalam keadaan ketakutan.
“Diana berkata, dia mendapat maklumat bahawa suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip dan anaknya, Putera Charles cuba untuk menghapuskan beliau,” kata Al-Fayed.
Al-Fayed juga mendedahkan bahawa Diana pernah memberitahunya bahawa beliau kini hamil hasil hubungannya dengan Dodi.
“Diana memberitahu saya dalam satu perbualan telefon bahawa beliau hamil dan hanya saya yang ketahui perkara itu,” ujarnya.
Dia juga mendakwa Diana dan Dodi juga merancang untuk melangsungkan perkahwinan sebelum kemalangan itu.
Menurutnya, Diana dan Dodi merancang untuk mengumumkan pertunangan mereka.
Satu bukti juga dikemukakan kepada pihak panel siasatan bahawa Dodi telah menempah sebentuk cincin berlian untuk Diana beberapa jam sebelum mereka terlibat dalam kemalangan itu.
Al-Fayed juga mengaitkan satu nota daripada seorang peguam Diana, Lord Mishcon yang menyatakan ketakutan puteri itu berhubung satu rancangan untuk membunuh beliau menerusi satu kemalangan jalan raya.
Mishcon menyerahkan nota tersebut kepada Pesuruhjaya Polis Metropolitan, Sir Paul Condon dalam satu perjumpaan tidak lama selepas kematian Diana.
Bagaimanapun, nota tersebut tidak didedahkan oleh pihak polis sehingga bekas pembantu Diana, Paul Burrell membuat satu kenyataan yang sama di dalam sebuah akhbar pada Oktober 2003.
Al-Fayed dedah Diana hamil - Du_01.2
GAMBAR fail ini menunjukkan Diana berjalan bersama anak Al-Fayed, Dodi.

Nota itu diserahkan oleh Pesuruhjaya Polis Metropolitan yang baru, Sir John Stevens kepada satu panel yang menyiasat punca kematian Diana pada Disember 2003.
“Saya bertambah yakin pasangan itu dibunuh selepas Condon dan Steven tidak menyerahkan nota yang ditulis oleh Mishcon kepada panel siasatan.
“Saya juga tidak percaya Condon dan Steven tidak mengendahkan bukti yang penting tersebut dan tidak menyerahkannya kepada panel siasatan,” kata Al-Fayed.
“Tindakan mereka itu adalah sangat tidak profesional dan saya juga percaya bahawa mereka tidak pernah berasa bersalah,” ujarnya.
Al-Fayed menggambarkan nota itu sebagai sangat menakutkan dan ia menjelaskan ketakutan Diana.
Dia percaya pembunuhan pasangan itu dan pemandu mereka, Henri Paul dilakukan oleh agensi perisikan Britain, MI6 atas arahan pihak istana.
Al-Fayed juga menyatakan bahawa Paul sebenarnya tidak berada dalam keadaan mabuk ketika memandu seperti dibuktikan dalam ujian darah.
Dia percaya ujian darah itu adalah palsu dan tumpuan Paul diganggu oleh satu cahaya yang sangat terang kemungkinan daripada pistol pegun.
“Darah itu diambil daripada satu mayat manusia yang mati akibat membunuh diri dengan menghidu gas karbon monoksida tetapi saksi berhubung perkara itu enggan menampilkan dirinya,” katanya.
Al-Fayed juga percaya misteri sebuah kereta Fiat berwarna putih yang kemungkinan dipandu oleh seorang paparazzi, James Andanson juga menyumbang kepada kemalangan itu.
“Paparazzi itu diupah oleh agensi perisikan Britain dan dia melanggar kenderaan yang dipandu oleh Paul dengan kereta Fiat miliknya,” katanya.
Peranan Andanson dalam kemalangan maut itu semakin misteri selepas dia meninggal dunia secara tiba-tiba tidak lama selepas kejadian itu. – Agensi


Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 11991
Reputation : 0
Number of posts : 2370

Al-Fayed dedah Diana hamil - Empty
PostSubject: Re: Al-Fayed dedah Diana hamil -   Al-Fayed dedah Diana hamil - Icon_minitime19/2/2008, 9:03 am

nie mmg konsiprasi utk mbunuh lady diana...tp apakan daya apabila org bpengaruh mengunakan kkuatan mereka...kita xmampu berbuat apa2.. Mad
Back to top Go down
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12088
Reputation : 0
Number of posts : 1109

Al-Fayed dedah Diana hamil - Empty
PostSubject: Re: Al-Fayed dedah Diana hamil -   Al-Fayed dedah Diana hamil - Icon_minitime22/2/2008, 9:55 am

suka kat diana...selain penyayang,cantik dll.....
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 11991
Reputation : 0
Number of posts : 2370

Al-Fayed dedah Diana hamil - Empty
PostSubject: Re: Al-Fayed dedah Diana hamil -   Al-Fayed dedah Diana hamil - Icon_minitime22/2/2008, 8:23 pm

engko pun cantek pa sakura...
Back to top Go down
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12088
Reputation : 0
Number of posts : 1109

Al-Fayed dedah Diana hamil - Empty
PostSubject: Re: Al-Fayed dedah Diana hamil -   Al-Fayed dedah Diana hamil - Icon_minitime22/2/2008, 8:33 pm

quote="codeng"]engko pun cantek pa sakura...[/quote] malu ....cantik je..penyayang x ke? malu
Back to top Go down
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 41
location : KK/KL
Points : 11872
Reputation : 0
Number of posts : 478

Al-Fayed dedah Diana hamil - Empty
PostSubject: Re: Al-Fayed dedah Diana hamil -   Al-Fayed dedah Diana hamil - Icon_minitime22/2/2008, 10:34 pm

Selain cantik & penyayang...Lady D juga memiliki sifat down to earth.

Back to top Go down
Sponsored content




Al-Fayed dedah Diana hamil - Empty
PostSubject: Re: Al-Fayed dedah Diana hamil -   Al-Fayed dedah Diana hamil - Icon_minitime

Back to top Go down
 

Al-Fayed dedah Diana hamil -

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Oversea-
Jump to: