SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
12 muka baru wakili Umno Sabah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
12 muka baru wakili Umno Sabah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 12 muka baru wakili Umno Sabah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12153
Reputation : 3
Number of posts : 2079

12 muka baru wakili Umno Sabah Empty
PostSubject: 12 muka baru wakili Umno Sabah   12 muka baru wakili Umno Sabah Icon_minitime25/2/2008, 9:21 am

12 muka baru wakili Umno Sabah

22nd February, 2008
KOTA KINABALU: Umno Sabah menampilkan 12 mu-ka baru iaitu 10 calon akan bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua untuk kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman yang mengumumkan senarai calon yang akan bertanding bagi 32 kerusi DUN dan 13 Parlimen yang diperuntukkan kepada Umno di negeri ini dalam satu sidang media di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, kira-kira jam 12.30 tengah hari, kelma-rin.

Manakala dua bekas Adun iaitu Pembantu Menteri Ke-wangan, Datuk Sapawi Ahmad dan Adun Klias, Datuk Lajim Ukin beralih tempat untuk ber-tanding kerusi Parlimen dan seorang dari Parlimen bertukar ke kerusi DUN.

Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sa-bah pula akan mempertahan-kan kerusinya di DUN Sungai Sibuga. Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang main-ggantikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Yu-sof Yacub yang digugurkan.

Manakala Lajim yang juga Ketua Umno Bahagian Beau-fort bertukar tempat dengan Datuk Azizah Mohd Dun.

Azizah yang juga Timbalan Menteri, Perumahan dan Ke-rajaan Tempatan akan bertanding di kerusi DUN Klias yang dipegang oleh Lajim selama empat penggal sejak 1986.

Manakala dua pemimpin Pemuda Umno, iaitu Setiausa-ha Pemuda Umno Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Ketua Pemuda Um-no Tuaran akan bertanding di Parlimen Kota Belud menggantikan Datuk Seri Salleh Said yang digugurkan.

Manakala Ketua Peneran-gan Pemuda Umno Negeri, Sa-lleh Kalbi yang juga Ketua Pe-muda Umno Silam menggantikan Setiausaha Parlimen Ke-menterian Pembangunan Usa-hawan, Datuk Samsu Baharum Abdul Rahman yang turut digugurkan.

Sepuluh muka baru yang bertanding di kerusi DUN un-tuk kuota Umno, ialah, Abdul Mijul Unaini (Banggi), Bokliah Haji Ismail (Pitas), Kamarlin Umbi (Lumadan) Ahmad Bu-jang (Sindumin), Saddi Abdul Rahman (Sukau), Nilwan Ka-bang (Kunak), Datuk Harman Mohamad (Sulabayan), Datuk Ramlee Marhaban, Datuk Ha-misah Samad (Tanjong Batu) dan Haji Muis Pichu (Sebatik).

Mijul menggantikan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Bolkiah menggantikan Datuk Masrani Parman, Kamarlin menggantikan Datuk Surinam Sadikun, Saddi menggantikan Datuk Aklee Abbas, Harman menggantikan tempat Datuk Mohd Lan Ilani, Ramli menggantikan Datuk Basalie Abdul Hamid, Hamisah mengganti-kan Haji Kamil Datuk Kassim, Muis menggantikan tempat Datuk Dr Patawari Patawe yang diguggurkan manakala Ahmad mengisi tempat Sapawi yang berpindah ke Parlimen.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Datuk Musbah Jamli pula yang pernah menjadi Adun Tempasuk selama sepanggal (1999-2004) menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang turut di-gugurkan.

Muka lama daripada Umno yang kekal bertanding di kerusi DUN termasuk Timbalan Ke-tua Menteri, Datuk Yahya Hu-ssin (Petagas) Menteri Pertani-an dan Industri Makanan, Datuk Rahim Ismail (Pantai Manis), Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajiji Mohd Noor dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun (Karanaan).

Datuk Japlin Akim (Usu-kan), Jainab Ahmad (Karam-bunai), Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar (Kawang), Da-tuk Karim Bujang (Bongawan), Haji Mohd Arifin Mohd Arif (Membakut), Datuk Sairin Karno (Liawan), Datuk Rubin Balang (Kemabong), Datuk Surady Kayong (Sugut).

Datuk Zakaria Mohd Edris (Gum-Gum), Datuk Samsuddin Yahya (Sekong), Mohd Suhaili Said ( Tungku) Datuk Nasrun Datu Mansur (Lahad Datu), Datuk Nasir Tun Sakaran (Se-nallang), Datuk Syed Abas Syed Ali (Balung) dan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (Apas).

Sembilan Ahli Parlimen yang kekal ialah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal (Semporna), Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Anifah Aman (Kimanis), Datuk Ghapur Sa-lleh (Kalabakan), Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat).

Ketua Umno Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin (Kinabatangan), Datuk Ronald Kiandee (Beluran), Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Papar), Datuk Juslie Ajirol (Libaran) dan Raimie Unggi (Tenom).
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12153
Reputation : 3
Number of posts : 2079

12 muka baru wakili Umno Sabah Empty
PostSubject: Re: 12 muka baru wakili Umno Sabah   12 muka baru wakili Umno Sabah Icon_minitime25/2/2008, 9:23 am

Jeffrey tentang Pairin, Parlimen Keningau dan DUN di Bingkor

24th February, 2008
KENINGAU: Senarai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zon Pedalaman Atas di-sahkan dan diumum sendiri oleh Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menyampaikan Ceramah Perdana di sini pada Jumaat lepas.
Senarai calon itu didahului oleh Naib Presiden PKR Datuk Dr. Jeffrey Kitingan bagi kerusi Parlimen Keningau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor, diikuti oleh Jius Awang bagi kerusi DUN Liawan dan Mozes Iking bagi DUN Tambunan.
Sementara itu di Bahagian Pensiangan Danny Andipai dicalonkan bagi kerusi Parl-imen Pensiangan manakala Paul Gitang calon bagi kerusi DUN Sook, Gabriel Uwing Agunsung di DUN Nabawan.
Di Bahagian Tenom pula, Adris Taripin dicalon bagi kerusi Parlimen Tenom sementara itu Jimmy Jawatah dan Peter Lonok masing-masing dicalonkan bagi DUN Melalap dan DUN Kemabong.
Jeffrey berhadapan dengan abangnya yang kini Timbalan Ketua Menteri dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi kerusi Parlimen dan menentang Justin Guka yang calonkan semula oleh BN bagi DUN Bingkor.
Jius yang sebelum ini bertugas sebagai Juru Perunding Alam Sekitar Perhutanan Yayasan Sabah dan Pegawai Perhutanan Yayasan Sabah berhadapan dengan Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Haji Sairin Haji Karno yang merupakan penyandang kerusi DUN Liawan musim lalu.
Danny berhadapan dengan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan.
Sementara itu Gabriel Uwing bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat Nabawan yang bertanding calon bebas pada pilihan raya umum 2004 menentang Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Bobbey Suan yang juga penyandang musim lepas bagi kali kedua.
Paul Gitang bekas guru pula menentang calon BN (PBRS) Datuk Elron Angin di kerusi DUN Sook.
Bagi kerusi Parlimen Tenom PKR meletakkan seorang usahawan Adris Taripin sebagai calon menentang penyandang kerusi itu pada pilihan raya umum 2004 Raime Unggi.
Jimmy juga bekas Pem-impin Kemajuan Rakyat era PBS berhadapan dengan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Radin Malleh manakala Peter seorang usahawan yang berjaya menentang Presiden Persatuan Murut Sabah yang juga penyandang kerusi DUN Kemabong Datuk Rubing Balang.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12153
Reputation : 3
Number of posts : 2079

12 muka baru wakili Umno Sabah Empty
PostSubject: Re: 12 muka baru wakili Umno Sabah   12 muka baru wakili Umno Sabah Icon_minitime25/2/2008, 9:27 am

LDP kemuka semua muka baru

23rd February, 2008
KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP), yang diperuntukkan satu kerusi parlimen dan tiga kerusi negeri telah memperkenalkan semua muka baru untuk bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
Presiden parti Datuk V.K. Liew akan bertanding di kawasan parlimen Sandakan sementara setiausaha agung parti Teo Chee Kang dicalonkan untuk kerusi negeri Tan-jung Kapor, Peter Pang En Yin (Ka-ramunting) dan Pang Yuk Ming (Merotai). Pada Khamis , Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengumumkan 50 calon kerusi negeri dan 19 parlimen yang terdiri daripada Umno, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan MCA. Negeri ini mempunyai 60 kerusi negeri dan 25 kerusi parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum ini.
Selain LDP, Pasok Momogun Ka-dazandusun Murut (Upko) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menamakan calon mereka kelmarin, menyiapkan senarai penuh calon BN di Sabah.
Kawasan pilihan raya Sandakan dianggap kerusi panas apabila BN tewas kepada calon bebas pada pilihan raya umum lepas apabila calon LDP Lau Ngan Siew ditewaskan oleh Chong Hon Min, dengan majoriti 1,330 undi.
Inilah satu-satunya kawasan pilihan raya parlimen yang tidak dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum lepas. Pada pilihan raya umum itu BN hampir menyapu bersih kerusi yang ditandingi yang hanya tewas pada parlimen Sandakan dan kawasan negeri Kuala Penyu. Ketika mengumumkan calon LDP di ibu pejabat parti di sini, Liew bekata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri memberi jaminan untuk menyokong pencalonannya dan beliau yakin merampas semula kerusi Sandakan kepada BN.
“Perdana Menteri dalam memberikan sokongan berkata kepada saya bahawa ia satu perlawanan sengit tetapi saya tahu anda boleh rampas,” Liew mengingati pertemuannya dengan Abdullah pada Khamis. “Calon bebas di Sandakan (Chong Hon Min) sendiri telah mengisytiharkan beberapa tahun lepas bahawa beliau telah menyokong tujuan dan perjuangan BN.
Saya harap beliau akan menyokong saya dengan aktifnya untuk membuktikan apa yang beliau katakan dan kotakan,” tambah beliau. Katanya beliau memilih kerusi parlimen kerana beliau mahu jawatan menteri tetapi oleh kerana beliau mahu berkhidmat kepada orang ramai dengan lebih berkesan.
“Isu ini samada saya seorang budak Sandakan atau tidak, tidak timbul sama sekali. Ramai lagi calon lain yang bukan dari kawasan masing-masing, bukanlah faktor penting, kita mahu melihat siapa yang berkemampuan,” tegas beliau. Mengenai empat kerusi itu, beliau melahirkan keyakinan untuk semua calon tersebut memperoleh kemenangan di bawah tiket BN. Menyentuh keputusan menggugurkan timbalan ketua menteri Tan Sri Chong Kah Kiat daripada senarai LDP, Liew berkata ini adalah bagi menghormati keputusannya yang tidak mahu bertanding pada pilihan raya ini.
Sementara itu, calon Tanjung Kapur Teo Chee Kang, yang menyertai politik, melahirkan keyakinan bahawa kawasan pilihan raya itu akan berpihak kepada BN dengan mengambilkira khidmat yang diberikan Chong kepada orang ramai selama ini. “Saya telah bercakap dengan Chong dan beliau bersedia membantu dan menolong saya…jadi saya fikir kita boleh kekalkan kerusi itu,” tambah beliau.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
Sponsored content




12 muka baru wakili Umno Sabah Empty
PostSubject: Re: 12 muka baru wakili Umno Sabah   12 muka baru wakili Umno Sabah Icon_minitime

Back to top Go down
 

12 muka baru wakili Umno Sabah

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: