SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12153
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Empty
PostSubject: Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United   Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Icon_minitime2/3/2008, 10:59 am

Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United



[url=mailto://][/url]



LONDON: Arsenal beruntung dengan gol lewat untuk memaksa seri 1-1 dengan Aston Villa, tetapi kelebihan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dipotong kepada hanya satu mata selepas Manchester United menang 3-0 ke atas Fulham, malam tadi.

Pemain gantian, Nicklas Bendtner menyumbat gol penyamaan ketika aksi berbaki beberapa saat untuk menafikan kejayaan Villa dan mengangkat Arsenal dengan 65 mata, satu mata mengatasi United.

Kelab di tangga ketiga, Chelsea menang 4-0 di West Ham biarpun Frank Lampard, yang menjaringkan gol pembukaan ketika menentang bekas kelabnya itu, dibuang padang selepas 33 minit. Chelsea punya 58 mata dan beraksi kurang satu perlawanan berbanding dua kelab pendahulu itu.

Birmingham City pula mencerahkan harapan untuk mengelak disingkirkan dari liga elit itu selepas menang 4-1 di tempat sendiri mengatasi juara Piala Liga, Tottenham Hotspur hasil hatrik Mikael Forssell.

Reading pula menamatkan rentetan lapan kekalahan berturut-turut selepas menang 1-0 ke atas Middlesbrough tetapi kekal dalam zon bahaya bersama-sama Fulham dan Derby County, yang seri 0-0 di tempat sendiri dengan Sunderland.

Keputusan itu menyaksikan Sunderland menamatkan rentetan 10 kekalahan berturut-turut di gelanggang lawan sebelumnya.
Newcastle pula masih tercari-cari kemenangan pertama sejak Kevin Keegan mengambil alih kendalian selepas Blackburn Rovers mengatasi kelab itu 1-0 di St James Park.

Tuan rumah mensesiakan beberapa peluang yang dimiliki sebelum Matt Derbyshire menjaringkan gol kemenangan Rovers pada minit terakhir perlawanan.

Arsenal, dalam perlawanan pertama sejak bintang penyerang, Eduardo patah kaki dan tidak lagi mampu beraksi musim ini, ketinggalan apabila pemain pertahanan mereka dari Switzerland, Phillipe Senderos tertampan bola umpanan lintang Gabriel Agbonlahor ke gawangnya sendiri.

Villa hebat bertahan di sebalik derita kehilangan bek tengah, Curtis Davies diusung keluar sejurus sebelum Bendtner merampas penguasaan dan menjaringkan gol daripada jarak dekat untuk mengesahkan satu mata berharga buat Gunners.
United pula beroleh gol pendahuluan di Craven Cottage apabila Owen Hargreaves menjaringkan gol pertamanya untuk kelab juara bertahan itu menerusi rembatan sepakan percuma.

Sejurus sebelum rehat, pemain antarabangsa Korea Selatan, Park Ji-sung menggandakan kelebihan United apabila menanduk masuk bola umpanan lintang Paul Scholes.

Fulham, kini di tangga kedua terbawah liga, tambah derita apabila gol sendiri Simon Davies menjadikan kedudukan 3-0 untuk United pada minit ke-72. - Agensi
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12153
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Empty
PostSubject: Re: Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United   Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Icon_minitime2/3/2008, 11:01 am

Arsenal kekal di puncak ~ Utusan Malaysia

Arsenal kekal di puncak


Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Sl_01_big
TONGGAK Manchester United, Park Ji-Sung (kiri) menanduk bola untuk gol kedua pasukannya menentang Fulham di Craven Cottage, semalam. – AFP.


LONDON – Arsenal terpaksa menunggu gol pada lewat permainan untuk kekal di tangga teratas Liga Perdana England apabila bangkit mencatat keputusan seri 1-1 di tempat sendiri dengan Aston Villa, semalam.
Arsenal mengekalkan kedudukan teratas menerusi jaringan penyamaan Nicklas Bendtner untuk menafikan gol sendiri Philippe Senderos.
Sementara itu, pasukan di tangga kedua, Manchester United ketinggalan satu mata selepas menang 3-0 ke atas pasukan kedua tercorot Fulham.
Chelsea, kini tujuh mata di belakang Arsenal dengan kurang satu perlawanan, bangkit dari kekalahan Piala Liga minggu lalu apabila menang 4-0 ke atas West Ham pada perlawanan yang menyaksikan mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Frank Lampard dilayangkan kad merah.
Namun, nasib berbeza dialami juara Piala Liga Tottenham apabila Birmingham City keluar dari zon penyingkiran selepas menang 4-1 St. Andrews.
Pasukan ketiga tercorot Reading menamatkan kekalahan selepas lapan perlawanan apabila menang 1-0 di tempat lawan ke atas Middlesbrough hasil jaringan pada minit-minit akhir James Harper.
Sunderland, masih tanpa kemenangan di tempat lawan musim ini, terlepas peluang untuk mengelak zon penyingkiran apabila terikat tanpa jaringan dengan pasukan tercorot, Derby County.
Newcastle pula terus tercari-cari kemenangan pertama sejak kembalinya pengurus Kevin Keegan apabila Blackburn Rovers memang 1-0 St James’ Park.
Pasukan tuan rumah memperoleh beberapa peluang sebelum pemain Rovers, Matt Derbyshire menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan.
United di depan pada perlawanan di Craven Cottage apabila Owen Hargreaves menjaringkan gol pertama menerusi sepakan bebas.
Kemudian, sejurus sebelum rehat pemain antarabangsa Korea Selatan, Park Ji-Sung menggandakan kedudukan United dengan tandukan hasil hantaran silang Paul Scholes.
Pasukan kedua tercorot Fulham, terus malang apabila Simon Davies menjaringan gol sendiri untuk menjadikan kedudukan 3-0 untuk United pada minit ke-72.
Dalam pada itu, Chelsea terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-36 apabila Lampard dilayangkan kad merah kerana menolak Luis Boa Morte.
Insiden itu bagaimanapun tidak menghalang Chelsea menambah gol keempat apabila bekas pertahanan Arsenal Ashley Cole pada minit ke-64
– AFP
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
de@@_le$$
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
de@@_le$$

Male
Countries/State : Sabah
Age : 45
location : Penampang, SABAH
Tag ID: : SFC 01022
Points : 13535
Reputation : 23
Number of posts : 7093

Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Empty
PostSubject: Re: Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United   Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Icon_minitime2/3/2008, 1:33 pm

huhuhu..... cuma satu mata lagi tu sis.... heheh!! Very Happy
go MU..... go MU.... go MU...... wakakakaka!! Laughing
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12153
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Empty
PostSubject: Re: Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United   Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Icon_minitime2/3/2008, 4:02 pm

iya des_les satu mata.......jak lagi adeh......bedebar jugak menunggu game seterusnya.........tapi sebenarnya saya ndak tertengok game semalam tu adui....lupa ...maklumlah sibuk berkempen pale .
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
President MonsterCrew
SENIOR
SENIOR
President MonsterCrew

Male
Age : 40
location : KM, SABAH
Points : 11839
Reputation : 0
Number of posts : 531

Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Empty
PostSubject: Re: Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United   Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Icon_minitime2/3/2008, 4:13 pm

yes MU kasi benak Fulham....keep it up MU....tatap manang pnya dorang tuh....prcyalah......
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12153
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Empty
PostSubject: Re: Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United   Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Icon_minitime2/3/2008, 4:19 pm

ya president monstercrew ...MU tatap Very Happy

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching up up up!
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
arep
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
arep

Male
Age : 38
location : Malaysia
Points : 12275
Reputation : 0
Number of posts : 1160

Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Empty
PostSubject: Re: Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United   Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Icon_minitime2/3/2008, 5:20 pm

korang jgn lupe
chelsea kan ade lg
hehehehehehe
Back to top Go down
iealza
JUNIOR
JUNIOR


Male
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 11925
Reputation : 0
Number of posts : 155

Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Empty
PostSubject: Re: Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United   Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Icon_minitime2/3/2008, 6:42 pm

GO..GO..MU..KATAR2 SUDAH KAKI PEMAIN ARSENAL TU..HIHIIH
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12029
Reputation : 0
Number of posts : 2370

Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Empty
PostSubject: Re: Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United   Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Icon_minitime3/3/2008, 1:54 pm

yeah2... ManUtd rulez...
glory2 ManUtd... Very Happy
Back to top Go down
Yakuza
MODERATOR
Yakuza

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : penampang,beringgis,papar
Points : 12244
Reputation : 3
Number of posts : 1457

Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Empty
PostSubject: Re: Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United   Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Icon_minitime4/3/2008, 2:50 pm

hidup chelsea. . . . . Very Happy Very Happy Very Happy
Back to top Go down
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12053
Reputation : 0
Number of posts : 737

Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Empty
PostSubject: Re: Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United   Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Icon_minitime19/3/2008, 12:59 am

Chelsea tatap...... Very Happy Very Happy respek Very Happy Very Happy
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
Ben507
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Ben507

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : SANDAKAN,BUNDU TUHAN,PUTATAN
Tag ID: : SFC 2357
Points : 11958
Reputation : 0
Number of posts : 1557

Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Empty
PostSubject: Re: Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United   Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Icon_minitime25/3/2008, 4:32 pm

SAYA LEBIH RELA KALAU CHELSEA JADI JUARA BPL DARIPADA MU.... scratch
Back to top Go down
Sponsored content




Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Empty
PostSubject: Re: Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United   Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United Icon_minitime

Back to top Go down
 

Hanya satu mata jadi garis pemisah Arsenal, United

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN SUKAN-
Jump to: