SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Arsenal singkir juara; MU, Barcelona mara Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Arsenal singkir juara; MU, Barcelona mara Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Arsenal singkir juara; MU, Barcelona mara

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12159
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Arsenal singkir juara; MU, Barcelona mara Empty
PostSubject: Arsenal singkir juara; MU, Barcelona mara   Arsenal singkir juara; MU, Barcelona mara Icon_minitime6/3/2008, 8:41 am

Arsenal singkir juara; MU, Barcelona mara
[url=mailto://][/url]



PUAS: Fabregas (kiri) diberi ucapan tahniah rakan sepasukan, Emmanuel Adebayor selepas menggegar jaring AC Milan di Stadium San Siro, kelmarin. Arsenal menang 2-0 dan layak ke suku akhir menerusi agregat 2-0.

PARIS: Arsenal mencipta apa ditakrif sebagai persembahan paling hebat di bawah bimbingan Arsene Wenger selepas menyingkirkan juara bertahan, AC Milan 2-0 dalam perlawanan kedua pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah untuk layak ke suku akhir kejohanan itu, awal pagi semalam.

Dua jaringan lewat babak permainan daripada Cesc Fabregas dan Emmanuel Adebayor – yang pertama bagi penyerang Togo dalam kejohanan benua itu membuat wajah pengurus The Gunners itu bertambah yakin apabila menyuarakan barisan didiknya itu mampu menjulang trofi di Moscow, Mei ini.

"Kami menghasilkan apa yang kami mahukan," kata Wenger.

"Arsenal sudah layak ke suku akhir dan kenapa tidak kami menjuarai kejohanan kali ini. Kejohanan ini memang liat tetapi anda harus berdepan gelora ganas saingan ini."

Manchester United – pencabar Arsenal bagi mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) – turut ceria layak ke kelompok lapan terakhir selepas menewaskan Lyon 1-0 di Old Trafford bagi agregat 2-1 dengan jaringan tunggal menerusi bintang Portugal, Cristiano Ronaldo. Ia juga gol ke-30 dalam 30 perlawanan untuk pemain sayap lincah itu.

Barcelona membuat satu lagi langkahan positif ke arah merampas semula mahkota dimenangi pada 2006 dengan menewaskan Celtic dari Scotland 1-0 hasil jaringan awal Xavi untuk mara dengan agregat 4-2 manakala wakil Turki, Fenerbahce turut menyajikan persembahan hebat menewaskan kelab Sepanyol, Sevilla menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas terikat agregat 5-5.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12159
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Arsenal singkir juara; MU, Barcelona mara Empty
PostSubject: Re: Arsenal singkir juara; MU, Barcelona mara   Arsenal singkir juara; MU, Barcelona mara Icon_minitime6/3/2008, 8:44 am

Gunners singkir penyandang juara


Arsenal singkir juara; MU, Barcelona mara Sl_01_big
PEMAIN hadapan Arsenal, Emmanuel Adebayor (atas, kiri) bersama-sama rakan sepasukan Aliaksandr Hleb (tiga dari kiri) dan pertahanan AC Milan, Kakhaber Kaladze (dua dari kanan) cuba merebut bola voli pada persaingan Liga Juara-Juara di Stadium Milan San Siro, Itali kelmarin. Arsenal menang 2-0. – AP.

LONDON – Arsenal menyingkirkan juara tujuh kali, AC Milan daripada saingan bola sepak Liga Juara-Juara manakala Manchester United, Barcelona dan Fenerbahce turut mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir, semalam.
Arsenal menjadi kelab Liga Perdana England pertama menewaskan AC Milan di San Siro menerusi jaringan Cesc Fabregas pada minit ke-84 disusuli gol Emmanuel Adebayor dalam masa kecederaan untuk agregat 2-0.
‘‘Kami berjaya menyingkirkan penyandang juara itu menerusi permainan yang hebat sekali pun dalam tekanan. Saya bangga dengan mereka,’’ kata Pengurus Gunners, Arsene Wenger.
Sementara itu, tonggak United, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-30 nya musim ini untuk memberikan kemenangan 1-0 ke atas Lyon di Old Trafford menerusi agregat 2-1.
‘‘Jaringan Ronaldo hebat menerusi satu gerakan yang cantik,’’ kata Pengurus United, Alex Ferguson.
Sementara itu hantaran jauh pemain utama Barcelona, Ronaldinho berjaya disambut dan disempurnakan oleh Xavi Hernandez untuk mengesahkan kemaraan pasukan itu dengan kemenangan 1-0 ke atas Celtic dengan agregat 4-2.
Barca bagaimanapun, kehilangan Lionel Messi yang terpaksa meninggalkan padang gara-gara cedera paha kirinya.
‘‘Kami sedih atas kejadian yang menimpa Leo,’’ kata Presiden Barcelona, Joan Laporta.
Dalam pada itu, Fenerbahce menewaskan Sevilla 3-2 menerusi penentuan penalti selepas perlawanan terikat dengan agregat 5-5.
Pada perlawanan kelmarin, Sevilla menewaskan lawan 3-2, sekali gus mengulangi keputusan sama ketika pertemuan pertama yang dimenangi Fenerbahce.
– AP

Arsenal singkir juara; MU, Barcelona mara Main_story_gradient_bottom
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
 

Arsenal singkir juara; MU, Barcelona mara

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN SUKAN-
Jump to: