SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Elak benda putih Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Elak benda putih Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Elak benda putih

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 46
location : SU, SA, SB
Points : 11970
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Elak benda putih Empty
PostSubject: Elak benda putih   Elak benda putih Icon_minitime2/5/2008, 12:47 am

Oleh Mohd Roji Abdullah
mdroji@bharian.com.my


BATU PAHAT: “Saya cuba mengelak sesuatu objek berwarna putih yang tiba-tiba melintas di depan kereta ketika melalui selekoh gelap.

“Dalam sekelip mata, saya berasa hentakan kuat. Kemudian saya memanggil abah di sebelah tapi dia senyap saja,” kata Mohd Hairul Mohd Lani, 22, yang terselamat dalam kemalangan meragut dua nyawa, awal pagi semalam.

Dalam kemalangan jam 4 pagi di Kilometer 3, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam di sini, bapa Mohd Hairul, Mohd Lani Maskon, 46, dan sepupunya, Azlan Roslan, 16, mati di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan beberapa bahagian badan.

Mohd Hairul cuma cedera di dada dan tangan manakala adiknya, Mohd Nizam, 19, serta sepupu, Azli Roslan, 26, cedera parah di kepala serta badan dan masih dirawat di wad Hospital Batu Pahat.

Menurut Mohd Hairul, sehingga sekarang, dia tidak dapat mengenal pasti objek berwarna putih yang tiba-tiba melintas di depan kereta dipandunya.


“Saya memang tidak tahu apa sebenarnya objek itu dan ketika kejadian hanya saya seorang yang sedar manakala yang lain semuanya tidur,” katanya.

Sebelum kejadian, katanya, dia sekeluarga menguruskan sajian untuk majlis meraikan sekumpulan pelatih politeknik yang sedang menjalani perkhemahan di pusat peranginan diusahakan bapanya di Institut Haiwan Ayer Hitam.

Selepas majlis itu, bapanya mengajak mereka memancing di kolam di pusat peranginan itu.

“Selepas puas memancing, abah mengajak kami balik. Dia yang memandu hingga ke pintu keluar dari kawasan institut haiwan itu.

“Apabila melalui jalan utama Kluang-Batu Pahat, abah meminta saya memandu kerana dia mengantuk. Selepas saya mengambil alih pemanduan, abah terus tertidur dan tak sangka pula dia akan tidur (meninggal dunia) selama-lamanya,” katanya.

Mohd Lani meninggalkan seorang balu, Rozita Musbah, 39, serta empat anak lelaki berusia antara dua setengah tahun hingga 22 tahun.

Mangsa turut mengusahakan ladang ternakan kambing boer di Kampung Sri Jasa, Sri Medan.

Rakan kongsinya, Kamil Jaini, berkata arwah yang dikenalinya sejak kecil memang seorang yang cukup rajin bekerja.

“Saya kehilangan seorang yang cukup rapat, bukan saja rakan kongsi, malah sahabat baik sejak kecil lagi.

“Saya memang terkilan dengan kehilangannya tetapi Tuhan lebih sayangkannya,” katanya.

Ladang ternakan kambing boer yang diusahakan Kamil dan Mohd Lani, antara yang berjaya di daerah ini.

Gambar mereka turut disiarkan dalam sisipan Johor Buzz, New Straits Times, semalam, iaitu pada hari pemergian Mohd Lani.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Mohd Hairul gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh besi penghadang jalan.
Back to top Go down
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12141
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Elak benda putih Empty
PostSubject: Re: Elak benda putih   Elak benda putih Icon_minitime2/5/2008, 12:08 pm

bah hantu lah bah tu.. apalagi.. affraid
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 11717
Reputation : 0
Number of posts : 2142

Elak benda putih Empty
PostSubject: Re: Elak benda putih   Elak benda putih Icon_minitime2/5/2008, 12:13 pm

biasalah tu..usah ditegur bah...paham paham aja lah
Back to top Go down
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12094
Reputation : 0
Number of posts : 1109

Elak benda putih Empty
PostSubject: Re: Elak benda putih   Elak benda putih Icon_minitime21/5/2008, 1:48 pm

saja nak mengusik tu!!!!!
Back to top Go down
blugu
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
blugu

Male
Countries/State : Sabah
Age : 45
location : Kota Kinabalu-Putatan
Tag ID: : SFC02202
Points : 12185
Reputation : 10
Number of posts : 2945

Elak benda putih Empty
PostSubject: Re: Elak benda putih   Elak benda putih Icon_minitime22/5/2008, 7:23 am

Alasan mau ambik bisnes bapa dia nie? atau mau mengelak dari siasatan polis....
hahahaha... jkjkjkjkjk...


Last edited by blugu on 22/5/2008, 7:25 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12121
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Elak benda putih Empty
PostSubject: Re: Elak benda putih   Elak benda putih Icon_minitime22/5/2008, 7:24 am

benda tu mau uji dia ba.......
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
Sponsored content




Elak benda putih Empty
PostSubject: Re: Elak benda putih   Elak benda putih Icon_minitime

Back to top Go down
 

Elak benda putih

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: