SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Chelsea, United fokus ke EPL Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Chelsea, United fokus ke EPL Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Chelsea, United fokus ke EPL

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12057
Reputation : 0
Number of posts : 737

Chelsea, United fokus ke EPL Empty
PostSubject: Chelsea, United fokus ke EPL   Chelsea, United fokus ke EPL Icon_minitime2/5/2008, 8:34 am

Chelsea, United fokus ke EPL Chelsea Chelsea, United fokus ke EPL MUFC


Chelsea, United fokus ke EPL

- Reuters


LONDON - Manchester United dan Chelsea mahu melupakan seketika pertemuan mereka pada final bola sepak Liga Juara-Juara Eropah di Moscow untuk memberi sepenuh tumpuan kepada perebutan kejuaraan Liga Perdana England (EPL).

United menewaskan Barcelona 1-0, Selasa lalu, manakala Chelsea mengalahkan Liverpool 3-2 dalam permainan masa tambahan separuh akhir kejuaraan Eropah semalam untuk melengkapkan pertemuan dua kelab England.


Ironiknya, kedua-dua pasukan ini juga bersaing sengit dalam liga domestik, di mana United dan Chelsea kini berkongsi 81 mata pada ketika liga berbaki dua perlawanan.


Chelsea berjaya menghidupkan peluang untuk merangkul kejuaraan liga selepas mengalahkan United 2-1 dalam perlawanan di Stamford Bridge, minggu lalu.


Esok, United akan menerima kunjungan West Ham di Old Trafford untuk mengukuhkan kedudukan, namun Chelsea akan terus memberi tekanan jika berjaya mengalahkan Newcastle United, Isnin ini.


Jika United menang ke atas West Ham, ia pastinya memberi tekanan tambahan kepada Chelsea apabila berkunjung ke St James Park nanti kerana United memiliki perbezaan jaringan yang besar.
Perlawanan terakhir United pula adalah menentang Wigan pada 11 Mei, manakala Chelsea akan menerima kunjungan Bolton Wanderes di Stamford Bridge pada hari yang sama.
Selain perlawanan menarik yang melibatkan United dan Chelsea, saingan Liga Perdana juga tertumpu kepada pemburuan tiket ke Piala UEFA musim depan.
Malah, turut menjadi tumpuan adalah usaha pasukan tercorot untuk cuba keluar dari zon penyingkiran bagi memastikan mereka dapat terus bersaing dalam liga utama, musim depan.
Derby County adalah satu-satunya kelab yang sudah terkeluar dari Liga Perdana, manakala lima lagi pasukan berada pada kedudukan bahaya - Fulham (30 mata), Birmingham City (32), Reading (33), Bolton Wanderers (33) dan Middlesbrough (36).


Fulham, yang berada pada kedudukan dua tercorot berjaya menghidupkan peluang untuk kekal dalam liga utama apabila bangkit daripada ketinggalan ketika menewaskan Manchester City 3-2, minggu lalu.


Esok, mereka akan menerima kunjungan Birmingham, yang turut terdesak mencari mata bagi menyelamatkan kedudukan mereka, kini di tangga ketiga terbawah.


Reading, kelab tangga empat tercorot pula akan menerima kunjungan juara Piala Liga, Tottenham Hotspur. Pasukan itu, bagaimanapun masih lagi dibayangi oleh rekod kekalahan besar 6-4 kepada Spurs di White Hart Lane, Disember lalu.

Turut menjadi tumpuan esok adalah pertemuan di antara kelab tangga ke-16 liga, Bolton menentang Sunderland. Bolton dengan memiliki 33 mata masih belum terselamat sepenuhnya dari zon penyingkiran.
Sementara itu secara teori, Arsenal, yang menduduki tangga ketiga liga masih boleh mencabar kejuaraan, dan akan menerima kunjungan Everton di Stadium Emirates, Ahad ini.

Selepas gagal meraih tiket Liga Juara-Juara, Everton, yang berada di tangga kelima liga kini bersaing untuk tiket automatik ke Piala UEFA, namun mereka akan turut dicabar kelab tangga keenam, Aston Villa, yang akan menerima kunjungan Wigan esok.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
Yakuza
MODERATOR
Yakuza

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : penampang,beringgis,papar
Points : 12248
Reputation : 3
Number of posts : 1457

Chelsea, United fokus ke EPL Empty
PostSubject: Re: Chelsea, United fokus ke EPL   Chelsea, United fokus ke EPL Icon_minitime2/5/2008, 9:22 am

the blues........ Very Happy
Back to top Go down
Ben507
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Ben507

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : SANDAKAN,BUNDU TUHAN,PUTATAN
Tag ID: : SFC 2357
Points : 11962
Reputation : 0
Number of posts : 1557

Chelsea, United fokus ke EPL Empty
PostSubject: Re: Chelsea, United fokus ke EPL   Chelsea, United fokus ke EPL Icon_minitime2/5/2008, 12:34 pm

Ehhhhhhhhhhhhhhmmmmmmmmmm.......siapa yang menang tu sya pilih.... What a Face
tapi antara MU dan Chelsea sya ambil Chelsea.....
Back to top Go down
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12057
Reputation : 0
Number of posts : 737

Chelsea, United fokus ke EPL Empty
PostSubject: Re: Chelsea, United fokus ke EPL   Chelsea, United fokus ke EPL Icon_minitime3/5/2008, 10:52 am

musim ini chelsea juara berganda....jangan jeles.... tongue
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
arep
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
arep

Male
Age : 38
location : Malaysia
Points : 12279
Reputation : 0
Number of posts : 1160

Chelsea, United fokus ke EPL Empty
PostSubject: Re: Chelsea, United fokus ke EPL   Chelsea, United fokus ke EPL Icon_minitime3/5/2008, 11:27 am

idup the blues...... Very Happy
Back to top Go down
Sponsored content




Chelsea, United fokus ke EPL Empty
PostSubject: Re: Chelsea, United fokus ke EPL   Chelsea, United fokus ke EPL Icon_minitime

Back to top Go down
 

Chelsea, United fokus ke EPL

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN SUKAN-
Jump to: