SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lebih 400 juta pesakit asma menjelang 2025 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lebih 400 juta pesakit asma menjelang 2025 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Lebih 400 juta pesakit asma menjelang 2025

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 11995
Reputation : 0
Number of posts : 2041

Lebih 400 juta pesakit asma menjelang 2025 Empty
PostSubject: Lebih 400 juta pesakit asma menjelang 2025   Lebih 400 juta pesakit asma menjelang 2025 Icon_minitime13/5/2008, 10:36 am





Lebih 400 juta pesakit asma menjelang 2025 Kn_01.1
PESAKIT asma mengalami
masalah salur udara menjadi sempit hasil inflamasi keradangan sehingga
mengganggu aliran udara ke paru-paru.



ASMA atau lelah adalah penyakit saluran udara kronik. Tanda-tanda
atau simptom penyakit asma adalah seperti sesak nafas, nafas berbunyi,
ketat dada dan batuk.
Bukan semua pesakit asma yang akan mengalami semua simptom yang
disebutkan di atas. Hampir 20 peratus pesakit hanya mengalami batuk
yang berlanjutan.
Simptom asma adalah disebabkan oleh penyempitan dan inflamasi
saluran udara yang boleh berlaku akibat alahan kepada persekitaran,
salah makan, ubat-ubatan dan tekanan apabila pesakit terdedah kepada
punca-punca yang disenaraikan tadi.
Serangan asma berlaku apabila saluran udara menjadi sempit akibat
pengecutan otot di sekeliling saluran udara serta tersumbat kerana
inflamasi dan rembesan cecair yang banyak dari saluran udara yang
membengkak tadi.
Ini akan menyebabkan serangan asma akan berterusan dari beberapa jam sehinggalah kadangkala berbulan-bulan.
Simptom-simptom ini juga mungkin lebih teruk pada waktu subuh dan malam.
Walaupun asma tidak boleh sembuh, ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan yang ada pada masa sekarang.
Setiap pesakit boleh menjalankan aktiviti seperti biasa seperti orang lain jika mereka mematuhi arahan doktor dengan baik.
l Punca asma
Punca sebenar asma masih belum diketahui. Kaitan faktor genetik atau
keturunan merupakan salah satu sebab penting dan ini dapat dilihat di
mana di kalangan keluarga pesakit asma biasanya terdapat ahli keluarga
lain yang menghidap asma, resdung (rhinitis) atau dermatitis (atopy
skin disease).
Walaupun punca sebenar asma tidak diketahui, namun punca serangan
asma lebih diketahui seperti inflamasi dan saluran udara pesakit asma
yang menjadi sempit disebabkan oleh beberapa faktor.
Antara faktor yang menyebabkan serangan asma adalah pesakit menyedut
kutu debu, debunga, bulu kucing atau anjing, pencemaran udara, asap
rokok, kurang senaman dan kesan beberapa ubat-ubatan.
Adalah penting supaya pesakit asma mengelak dari terdedah kepada
semua faktor tersebut. Pesakit juga perlu mengetahui jenis alahan
(alergi) masing-masing kerana ia berbeza mengikut individu.
l Beban asma
Dijangka sebanyak 300 juta penduduk dunia kini menghidap asma. Asma
selalunya bermula dari zaman kanak-kanak dan akan terus menyerang
pesakit untuk jangka masa yang panjang, mungkin sepanjang hayat.
Penyakit kronik ini akan mengakibatkan pelajar tidak dapat
menghadiri sekolah atau pekerja terpaksa bercuti sekiranya asma pesakit
tidak dikawal dengan baik.
Beberapa kajian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa mendapati
hampir 50 peratus pesakit asma mengalami beban asma kerana tidak dapat
menjalankan tugas-tugas harian, bersenam, bersukan dan bersosial.
Di banyak negara yang kurang maju, penyakit ini kurang dikesan dan mengakibatkan banyak kematian dan kemasukan ke hospital.
Terdapat banyak negara yang tidak mampu memberi rawatan asma yang
berkesan supaya ia dikawal dengan baik yang kemudiannya mengakibatkan
beban terhadap negara.
Di Malaysia, satu kajian menunjukkan hampir 10 peratus pesakit asma
dimasukkan ke wad akibat serangan akut asma dalam masa setahun dan 40
peratus lagi menerima rawatan kecemasan di klinik-klinik swasta dan
jabatan kecemasan hospital.
Laporan, Global Burden of Asthma Report juga meramalkan bahawa 100
juta lagi penduduk dunia akan dikesan menghidap penyakit ini sebelum
tahun 2025.
l Diagnosis asma
Simptom-simptom, pemeriksaan fizikal dan ujian fungsi paru-paru adalah penting untuk mengesan penyakit asma.
Ujian fungsi paru-paru yang terdiri daripada penggunaan alat
spirometri dan “peak flow meter” adalah sangat penting untuk
mengesahkan penyakit ini dan juga melihat tahap teruknya penyakit asma.

Di Malaysia, kebanyakan pesakit tidak menjalani ujian-ujian ini semasa lawatan susulan dan juga untuk diagnosis.
Ujian-ujian ini amat penting untuk melihat tahap asma setiap pesakit
bagi menentukan kaedah rawatan bersesuaian dan paling berkesan.
l Rawatan asma
Inflamasi saluran udara dan pengecutan otot saluran udara yang
merupakan dua mekanisma utama serangan asma mengakibatkan pesakit sesak
nafas, batuk dan nafas berbunyi. Oleh itu, adalah penting untuk
mengurangkan atau memulihkan keadaan ini kepada normal.
Pada masa ini, terdapat banyak ubat untuk mengubati penyakit asma dan kebanyakannya adalah secara sedutan.
Ubat sedutan adalah cara yang sangat berkesan kerana ubat yang
diberi secara sedutan hanya memerlukan dos yang sangat rendah dan ia
akan masuk terus ke dalam saluran udara dan bertindak dengan cepat
tanpa memberikan kesan sampingan sistemik.
Ubat rawatan asma boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ubat
sedutan penahan (reliever) dan ubat sedutan pencegah (preventor).
Kedua kumpulan ubat ini biasanya dijual di dalam pelbagai warna
tetapi amat penting bagi pesakit mengenal kedua-dua kumpulan ini.
Ubat penahan biasanya mengandungi ubat yang bertindak bagi
mengembangkan saluran udara ketika pesakit mengalami serangan akut
manakala ubat untuk mencegah (preventor) mengandungi dos steroid yang
agak rendah dan berfungsi sebagai anti-inflamasi bagi mencegah serangan
akut asma.
Kandungan steroid yang rendah dalam sedutan ini tidak akan memberi
kesan sampingan yang teruk kepada pesakit sekiranya digunakan mengikut
arahan doktor berbanding ubat steroid yang diambil secara oral.
Banyak kajian telah membuktikan bahawa ubat steroid boleh mengurangkan serangan akut dan juga kematian akibat asma.
Ramai orang yang takut menggunakan steroid disebabkan oleh kesan
sampingannya tetapi anggapan ini adalah kurang tepat kerana hanya dos
yang rendah terdapat di dalam ubat sedutan.
Apabila pesakit tidak menggunakan ubat sedutan steroid seperti yang
diarahkan, ini akan mengakibatkan kurangnya kawalan terhadap penyakit
asma.
Ini berbeza dengan ubat menahan (reliever). Jika pesakit kerap
menggunakan ubat menahan (reliever), terdapat banyak kesan sampingan
dan asma juga tidak dapat dikawal dengan baik.
Kajian membuktikan lebih banyak kematian dikesan di kalangan pesakit
sekiranya ubat penahan (reliever) digunakan lebih banyak dari ubat
pencegah (preventor).
Jika seseorang pesakit asma mengalami serangan asma lebih dari dua
kali seminggu, pesakit perlu menggunakan kedua-dua jenis ubat sedutan
tersebut.
Yang penting adalah penggunaan ubat sedutan pencegah (preventor) setiap hari, walaupun jika tiada tanda-tanda serangan asma.
Dos dan kekerapan pengambilan ubat mungkin perlu ditingkatkan bergantung kepada kawalan asma pesakit.
Kemajuan sains dan teknologi terkini juga telah membawa kepada
kombinasi ubat penahan (reliever) dan pencegah (preventor) dalam satu
alat sedutan.
Di samping itu, terdapat beberapa jenis ubat sedutan dan ubatan biji baru yang sangat berkesan untuk mengawal serangan asma.
Selain itu, cara pemberian sedutan (inhaler device) juga telah
dipelbagaikan bagi memudahkan pesakit dari setiap peringkat umur
menggunakannya.
l Hari Asma Sedunia 2008
Setiap tahun, Hari Asma Sedunia diraikan pada hari Selasa pertama setiap bulan Mei. Pada tahun ini, ia jatuh pada 6 Mei 2008.
Tema pada tahun ini adalah sama seperti tahun lepas iaitu, “Anda boleh mengawal asma anda” (You can control your asthma).
Kawalan asma boleh dicapai oleh hampir semua pesakit dengan rawatan
yang tepat. Untuk itu, adalah penting supaya empat strategi di bawah
diikuti:
l Perkongsian antara pesakit dan doktor (Develop patient/ doctor partnership )
l Mengetahui dan mengelak alahan atau faktor risiko serangan asma akut
l Merawat dan memantau asma
l Merawat serangan akut asma dengan segera
Dengan adanya empat strategi ini dan ubat-ubatan yang berkesan, setiap pesakit boleh mengawal asma mereka dengan baik.
Tema tahun ini juga memastikan setiap golongan, terdiri daripada
pesakit, doktor, orang awam dan kerajaan memainkan peranan
masing-masing supaya kawalan penyakit asma terus ditingkatkan.
Back to top Go down
 

Lebih 400 juta pesakit asma menjelang 2025

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: